Buat korang yang gemar untuk ke Indonesia, terutamanya ke ibu kota Jakarta setiap tahun, ada berita exciting untuk korang!
Kereta api kelas bisnes Jakarta – Bandung telah dibuka bermula kelmarin. Pembukaan tersebut diumumkan oleh PT KA Pariwisata dan pastinya, percutian korang kali ini dengan menggunakan kereta api akan terasa lain.
Selalunya untuk ke Bandung atau Jakarta, kita akan naik bus ataupun teksi persendirian saja kerana semua serba tahu, perkhidmatan kereta api di Indonesia kadangkala tidak begitu sesuai dengan expectation pelancong asing.
Perjalanan ini ditawarkan sekerap 4 kali sehari. Dari Bandung, kereta api akan bertolak pada pukul 5 pagi dan 2.45 petang menuju Jakarta. Dari Gambir Jakarta pula, ia akan bertolak pada pukul 8.45 pagi dan 6.45 petang.
Dengan harga tiket Rp200,000 seorang iaitu sekitar RM56.80, penumpang akan berkongsi gerabak dengan hanya 27 penumpang lain, mendapat kemudahan Video On Demand, WiFi dan minuman kopi percuma.
Menurut penumpang yang telah mencubanya semalam, merekaberkata bilik air kereta api ini juga sama standard-nya seperti di hotel.
Okaylah tu kan!
Buat masa ini, pihak PT KA Pariwisata akan menawarkannya dari 9 Mac sehingga 31 Mac ini. Jadi ini hanyalah tempoh percubaan, namun jika sambutannya menggalakkan, mereka akan menawarkannya secara tetap.
Perkhidmatan kereta api kelas bisnes seperti ini bukanlah perkara baru di Indonesia. Perlahan-lahan, PT KA Pariwisata telah membuka laluan baru seperti di Yogyakarta, Solo dan Surabaya untuk tujuan melancong.