Kereta Dah Terperangkap Dalam Banjir, Apa Nak Buat Selepas Itu?!

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

 

Okay jangan menangis dulu..

 

Tragedi banjir kilat seteruk yang berlaku di Puchong, Klang, Bandar Sunway dan beberapa lagi kawasan Lembah Klang pada minggu ini membuatkan ramai takut untuk meredah jalan sewaktu hujan lebat.

Tapi kalau pemandu yang sudah terperangkap di dalam banjir sewaktu masa puncak di jalan raya, apa yang patut kita buat?

Jom tengok 5 fakta yang wajib diingati.

 

01

Jangan panik.

Seeloknya, cari jalan alternatif dan jangan redah banjir. Kalau air masih tidak naik dengan deras, pandu kereta perlahan-lahan pada gear rendah (sekitar 20km/h) dan jangan lepaskan minyak. Kekalkan je momentum.

 

02

Katakanlah terperangkap di dalam jalan sesak, Nauzubillah…

Sebelum air naik lebih tinggi matikan enjin terlebih dahulu. Sumbatkan lubang ekzos kereta dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contohnya, plastik.

 

03

Cabut terminal bateri kereta jika air deras naik. Korang tak tahu berapa lama kereta akan berada di situ. Jadi lebih baik selamatkan nyawa kereta.

 

04

Selamatkan semua barang berharga dan tinggalkan kereta. Bukan setakat air yang naik dan memasuki kereta tau, lumpur dan entah apa benda lagilah yang akan turut mengotorkan kereta korang.

 

05

Jangan sesekali menghidupkan enjin jika kereta korang ditenggelami banjir besar. Lebih baik hubungi mereka yang profesional seperti trak tunda untuk handle kereta tersebut selepas air surut.

Tanyakan bengkel mana yang boleh dipercayai. Kadangkala, mangsa banjir ni dah tak fikir panjang. Pakai hantar saja kereta ke bengkel terdekat asalkan kereta cepat siap.

Bila dah kena bayar mahal, baru tersedar. Perlu diingat, kos membaiki boleh menjadi tinggi jika komponen enjin rosak teruk.

 

Published by
FZ