Kredit: Tiktok Eyera

Baru-baru ini, tular video mengenai sebuah kereta Volkswagen Bettle putih yang disimbah air sisa makanan dari paip yang bocor ketika parkir di sebuah pusat membeli belah terkenal di ibu kota.

Tuan punya kereta yang dikenali sebagai Eyera memaklumkan dia berasa terkejut melihatkan paip bocor itu mengeluarkan air mencurah-curah atas keretanya.

Dalam pada itu, pihak pengurusan pusat membeli belah berkenaan kemudian meminta Eyera untuk mengisi borang aduan dan wakil pekerja dari pusat beli belah tersebut memasuki keretanya untuk dibawa ke pusat cucian kereta.

IKLAN

“Disebabkan tindakan membuka pintu kereta itu jugalah, mungkin ada percikan air yang masuk sehingga kereta saya berbau masam sampai sekarang”

Menurut Eyera, paip air yang bocor itu merupakan saluran paip sisa makanan sebuah restoran di mall itu, dan bukannya paip kumbahan seperti yang diperkatakan sebelum ini. Maklumnya lagi, pihak pengurusan hanya bertindak memberi respon setelah videonya tular di media sosial.

IKLAN
Kereta Disimbah Air Kotoran Restoran Di Parkir Pusat Beli Belah, Gadis Ini Rasa Tidak Berbaloi Dengan Tawaran Cuci Kereta Selama Setahun
Kredit: Tiktok Eyera

“Buat masa sekarang, ia masih dalam proses perbincangan dan kita tunggulah apa pihak pengurusan boleh buat. Saya tak minta apa-apa lagi”

“Mereka ada tawar nak bagi saya servis cuci kereta secara percuma selama satu tahun. Tapi saya tinggal di Damansara, takkanlah saya nak pergi situ semata-mata untuk basuh kereta. Nak kena bayar parkir lagi. Lepastu berapa banyak kali pula saya nak basuh kereta dalam satu tahun tu, jadi saya rasa tak adil”

Ujarnya lagi, “Saya dah maklumkan pada kawan-kawan saya yang saya hanya akan naik grab, tak nak drive. Rasa tak nak masuk dah parking sana”.

IKLAN

Susulan itu, Eyera berkata dia berasa trauma sebaliknya kini lebih memilih untuk menaiki teksi atau menggunakan e-hailing sahaja.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI