Kereta Milik Tunku Temenggong Johor Digesel, Bukti Kelakuan Pesalah Berjaya Dirakam

Share

Siapa yang tidak bengang apabila kereta yang dipandu diparkir di tempat yang betul, tetapi tiba-tiba terdapat kesan geseran pada kenderaan milik kita. Pasti ramai yang pernah merasai situasi seperti ini kan?

Hal ini juga berlaku kepada Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim apabila beliau berkongsi foto dan video kereta miliknya telah digeser ketika parkir di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi semalam.

Menurut perkongsian yang dimuat naik di laman instagram dengan kapsyen yang ditulis ‘Perangai’, bukti telah direkodkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan sebuah kereta BMW dengan nombor pendaftaran Singapura adalah pesalahnya.

Instagram: @tunku_idris

Kejadian berlaku pada 2.17 petang semalam ketika pemandu BMW itu hendak ke ruang tempat letak kereta yang kosong bertentangan dengan kereta milik Tunku Idris.

Pesalah tidak langsung melihat kereta yang dilanggarnya itu sama ada berlaku kerosakan atau tidak, malah dia hanya berlalu pergi begitu sahaja. Difahamkan, kereta yang dipandu Tunku Idris itu adalah kereta elektrik Honda e, iaitu kereta yang menggunakan 100 peratus elektrik tanpa mempunyai enjin.

Instagram: @tunku_idris

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu dan sedang menunggu hasil siasatan.

Diharap agar si pelaku menerima hukuman di atas kesalahan yang dibuat. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana sememangnya ia kerap berlaku dikalangan masyarakat kita. Lebih menyakitkan apabila si pelaku tidak bertanggungjawab dan melarikan diri.

Betul tak?

Sumber: (1), (2)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman