Kerja Penat! Posmen Menangis & Termenung Bila Tahu Tak Ada Bonus Tahun Ini

Share

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan sejak dua bulan lalu, dapat dilihat ramai yang membuat tempahan secara atas talian. Malah pernah tular di media sosial sebuah syarikat penghantaran yang melonggokkan barang pelanggan yang agak menggunung tanpa sempat dihantar lagi kepada pemiliknya.

Baik syarikat swasta mahupun Pos Malaysia, penghantaran barang-barang menjelang hari raya aidilfitri sememangnya amat tinggi. Ada ketika ada dilihat posmen berusaha keras menghantar barangan tanpa mengira penat lelah di bulan Ramadan.

Perkongsian yang mula tular di media sosial pagi ini mengenai “nasib” seorang posmen yang menangis dan terus termenung bila mendapat tahu tiada bonus tahun ini sememangnya amat menyayat hati.

Bagi orang yang bekerja, bonus adalah satu “harapan” selepas mereka bekerja keras sepanjang setahun untuk mendapat duit lebih. Dan bila kita mengharap tetapi tidak mendapatnya, sudah pasti perasaan hampa itu timbul.

Ternyata kisah posmen yang menangis selepas mendapat panggilan dari kawannya mengundang sebak warga alam maya.

Kita faham apa dirasainya, yalah mungkin kerja penat tapi alih-alih tak dapat bonus. Memang hampakan. Walau nanti ada mempertikaikan banyak syarikay alami kemerosotan akibat ekonomi tidak menentu tapi bagi yang berharap, ditambah banyak dilakukan tanpa henti, alih-alih tak ada pun sagu hati memang akan terasa hampa.

Sabarlah dik, mungkin ada rezekimu di lain masa.

Pos Malaysia Berhad Poslaju Malaysia

Tadi lepas abang Posmen ni selesai hantar surat dan barang yg aku beli online tu, ada org call dia,l epas jawab call tu dia terus duduk termenung di situ dalam keadaan basah lencun.

Masa tu tengah hujan lebat, aku tengok muka dia memang nampak sedih sangat, aku segan nak tanya sebab aku ingat dia baru putus cinta ka apakan. So aku suruh adik aku tanya dia kenapa muka nampak sedih.

Mulanya dia kata tak ada apa-apalah. Bila ditanya dua tiga kali akhirnya dia jawab, dia kata kawan dia call tadi bagi tahu tahun ni dorang tak ada bonus. Katanya tak pernah lagi jadi macam ni. Tahun lepas dapat jugak RM1000 tapi tahun ni tak dapat langsung. Dia kata dah lah kerja makin banyak tapi bonus pulak tak ada.

Dia cakap dalam keadaan sebak dan meleleh jugak air mata jantan dia. Dia kata dia sangat berharap dapat bonus tu. Dia nak kena tanggung family dia sebab ayah dia dah meninggal tiga tahun lepas. Nak bayar hutang motor, rumah sewa dan macam-macam lagi.

Gaji dia RM1k lebih ja. Aku nak tanya pihak Pos Malaysia Berhad dan Poslaju Malaysia, betulkah tahun ini tiada bonus? Bukankah sejak PKP ni barang Poslaju semakin banyak sangat?

Bila barang semakin banyak bermakna untung semakin banyak, lagipun minyak dah semakin murahkan? Kenapa tak boleh bagi bonus pada staff kamu? Sepatutnya kena bagi lebih dari tahun lepas bukannya langsung tak bagi.

Jangan jadikan COVID-19 sebagai alasan untuk tidak bayar bonus pada staff kamu. Kalau tak kerana COVID-19 dan PKP takkanlah korang nak dapat pelanggan ramai sampai berkali-kali gandakan?

Saya harap pihak berkenaan dan kerajaan Malaysia tolong bersuara bagi pihak posmen di Malaysia ini,kesiankanlah mereka wira barisan hadapan yang tidak didendang. Sumber : FB Masakan Utara Barat

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros