Kerjasama UiTM Dengan TikTok Agar Pendidikan Lebih Fleksibel Seiring Zaman

Share

 

Awal minggu ini, isu guru sekolah yang bersiaran secara langsung menerusi platform TikTok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas telah mencuri perhatian ramai pihak termasuklah unit Kementerian Pendidikan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN : Guru Mengajar Sambil ‘Live’ TikTok Di Sekolah, Unit Kementerian Pendidikan ‘Take Note’ – REMAJA

Begitupun, lain pula ceritanya di peringkat pendidikan tinggi apabila Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengalu-alukan kerjasama bersama platform media sosial nombor satu itu, kelmarin.

Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM dan TikTok Pte. Ltd itu telahpun dimeterai di antara Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd Janor dan Pengurus Operasi Strategi TikTok Malaysia, Darren Quek Yi Fong.

MoU tersebut difahamkan adalah demi menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik menerusi platform media sosial.

Sebagai contoh di UiTM cawangan Sabah sendiri pada tahun lalu, ia telahpun memperkenalkan kandungan TikTok Guru Bah! yang berjaya mendapat sambutan. Lantas, UiTM memandang kerjasama ini sebagai usaha ke hadapan untuk melahirkan pelajar yang lebih kreatif, proaktif dan kompetitif seiring dengan perubahan zaman.

Lebih-lebih lagi apabila kini, UiTM ingin memperkenalkan skop pendidikan jarak jauh (PJJ) dan terbuka selain pendidikan formal seperti sesi kuliah. Oleh itu, tidak salah lagi strategi bersama TikTok ini boleh mengembangkan lagi minat serta fahaman pelajar terhadap subjek yang diajar.

Kata Roziah sewaktu berucap, usaha ini juga diharap dapat mengubah perspektif umum mengenai penggunaan meida sosial dalam gedung pendidikan negara.

“Berdasarkan reputasi TikTok yang mempunyai lebih 1 bilion pengguna, kerjasama ini akan membuka banyak ruang. Ia selaras konsep Edukation 5.0 @ UiTM dalam menyediakan pendidikan lebih fleksibel dengan peralihan dan trend teknologi terkini.

Buat TikTok Malaysia pula, langkah ini adalah sesuatu yang baru untuk merek  dalam memperkasakan aplikasi itu sebagai satu platform perkongsian ilmu; selaras dengan agenda pendidikan negara.

Siapa kata media sosial itu negatif semata. Jika kena dengan cara penggunaannya, banyak manfaat yang boleh kita semua perolehi.

BACA LAGI : UiTM Tenang Hadapi Kecaman Warganet, Akan Ambil Tindakan Terhadap Profesor Hina Golongan B40 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ