Kerjaya Makin Menjunam, Sekuel Filem Terkenal Lakonan Will Smith Pula Dibatalkan

Share

Hampir sebulan selepas insiden oscar yang mengemparkan dunia, kerjaya Will Smith dilihat terus menjunam.

Insiden Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) ke-94, Will Smith yang berjalan ke pentas sebelum melempang Chris Rock semalam mungkin boleh memberi kesan kepada kerjaya lakonannya.

ARTIKEL BERKAITAN : Isteri Jadi Bahan Lawak, Will Smith Naik Angin & Tampar Chris Rock Di Pentas Oscars – REMAJA

Malang terus menimpa Will Smith, selepas disingkirkan daripada Akademi, disenarai hitam daripada Oscar selama satu dekad dan pembatalan beberapa filem, terkini Will dilanda masalah lagi satu projeknya menerima nasib yang sama..

Terbaru, menurut laporan CNET, Netflix dilaporkan telah membatalkan perancangan Bright 2, dan walaupun infomasi itu masih belum disahkan, mungkin selamat untuk mengatakan laporan itu tepat.

Will Smith dan rakan pelakonnya, Joel Edgerton sepatutnya mengulangi peranan mereka dalam sekuel Netflix Bright, dengan Loius Leterrier dikhabarkan di arahkan oleh sutradara David Ayer.

“Sumber mengatakan, sekuel Bright akan memfokuskan pada hubungan aneh antara polis veteran lakonan Smith dan rakan kongsi Orcnya, lakonan Edgerton, tetapi berlatarbelakangkan global.

Will menerajui Bright sebagai detektif LLAPD yang bekerja di kawasan Los Angeles di mana manusia tinggal bersama makluk mistik. Dia sepatutnya dijangkakan menghidupkan kembali wataknya dalam sekuel tersebut.

Satu sumber mengatakan Bloomberg ia tiada kaitan dengan insiden buruk yang berlaku di pentas Oscar 2022, namum sukar untuk mempercayai alasan itu memandangkan persiapan sekuel telah pun dibuat selama bertahun-tahun dan ia dibatalkan secara tiba-tiba.

Alahai siannya Will Smith.

BACA LAGI : Malu Dengan Tindakan Di Oscars, Will Smith Mohon Maaf Daripada Chris Rock – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : CNET

Published by
Nana