Bagi anda gadis fashionista pasti menjadi impian untuk membimbit beg tangan ikonik dan berjenama.

Namun, genius atau tidak rekaan Louis Viutton yang terkini ini?

Kerut Dahi Tengok Harga Beg Louis Vuitton Ni, Boleh Beli Kapal Terbang Betul!

Apakah ada individu yang kemaruk mahu mendapatkan beg tangan dengan rekaaan yang unik dan diperbuat daripada material kulit asli lembu semewah ini? Rata-ratanya menganggap, ianya adalah objek paling tidak munasabah untuk dijual semahal $ 39,000 atau RM159,724 seunit.

Tas tangan yang direka untuk musim luruh dan musim sejuk 2021 ini menggunakan kanvas monogram khas Louis Vuitton, beg eksklusif yang direka oleh Virgil Abloh itu dilengkapi dengan ‘kokpit’, sayap dan juga enjin. Diatas ‘bumbungnya’, terdapat pemegang serta tali bahu.

Ads

Kerut Dahi Tengok Harga Beg Louis Vuitton Ni, Boleh Beli Kapal Terbang Betul!

Bag yang dilancarkan Januari lepas ini juga viral dimedia sosial dengan ada yang mengatakan bahawa harganya sama dengan sebuah kapal terbang sebenar. Dia membuktikan bahawa pesawat sebenar akan lebih murah seperti pesawat enjin tunggal Cessna 1968 yang tersedia dengan harga $32,300 (RM132,284).

Ads

 

Ads

Menurut PlaneCheck.com pula, sebuah Cherokee Piper PA-28-140 1967 kini dijual di UK dengan harga $ 39,572 (RM162,067). Sementara Mooney M20E Super 21 1965 pula dapat dibeli di Sepanyol dengan harga $ 36,127 (RM147,958).

Unik dah unik tapi harganya menerima kecaman dari pelbagai pihak sehingga ada yang mengatakan lebih rela membeli kapal terbang sebenar, lapor The Indian Express.

Tapi bagi LV lover dan mampu, why not kan….hiks

Sumber: The National NewsThe Indian Express

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI