Kes Adik Amir: Apa Nasib Pasangan Tertuduh Berdepan Dua Tuduhan Esok?

Share

 

Pasangan suami isteri yang berdepan dengan tuduhan menyebabkan kematian kanak-kanak berusia 7 tahun, Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malik akan didakwa di mahkamah Air Keroh, Melaka esok.

Kedua-dua suspek itu dijangka berdepan dua pertuduhan iaitu mendera dan membunuh kanak-kanak terbabit.

Assistant Commisioner Muhammad Sukri dalam kenyataan beliau memaklumkan, kedua-dua suspek itu akan didakwa mengikut sesyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Kanun 34 sesyen sama. Mereka juga akan berdepan pertuduhan di bawah sesyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber Foto: Tangkap layar laporan Buletin Utama TV3.

Tinjauan REMAJA kepada respon warganet yang mengikuti perkembangan kes ini rata-rata inginkan keadilan ditegakkan demi membela maruah mangsa.

Herry Ramd misalnya berharap agar hukuman seadilnya dijalankan ke atas pembunuh ini. Zaharah Kodri pula bersyukur apabila mendapat tahu kedua-dua tertuduh akhirnya akan didakwa di mahkamah. Sementara itu, AMK 475 mengharapkan agar hukuman yang bakal dikenakan akan memberi pengajaran kepada ramai lagi pelaku jenayah bunuh yang masih terlepas di luar sana.

ARTIKEL BERKAITAN Pengajaran Kes Adik Amir: Jiran Jangan Senyap Demi ‘Tak Jaga Tepi Kain’ – REMAJA

Terdahulu, mangsa kanak-kanak tersebut dipercayai telah didera oleh ibu kandungnya dan bapa tirinya sebelum ditemui lemas di dalam sebuah tong air di hadapan rumahnya pada 29 Januari lalu.

Hasil bedah siasat baru-baru ini mendapati terdapat banyak kecederaan termasuk luka baharu di bahagian belakang kepala mangsa.

Laporan kematian tersebut telah menggemparkan rakyat Malaysia.

Ini kerana ramai yang mengikuti kisah di mana mangsa diserahkan semula oleh ibu angkatnya kepada pasangan tersebut pada akhir tahun lalu setelah keluarga angkat menjaganya selama lebih 6 tahun.

BACA LAGI “Kalau Tahu Jadi Macam Ini, Saya Tak Akan Serahkan” – Ibu Angkat Kanak-Kanak Maut Sesal – REMAJA

Sumber (1)

Published by
FZ