Kes Adik Amir: Fazura Antara Selebriti Terkesan Dengan Berita & Minta Doakan

Share

 

Suasana rumah kosong yang diletakkan pita kuning polis menggambarkan keadaan rumah mangsa kanak-kanak yang maut atas dakwaan didera oleh penjaganya, pada hari ini. Sunyi tanpa kelibat penghuni.

Lain pula situasinya di media sosial dan portal berita mutakhir pada hujung minggu ini apabila kisah Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek mendapat perhatian warganet seluruh negara termasuklah golongan selebriti tempatan yang seperti Nur Fazura, Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Masing-masing meluahkan kesedihan tatkala mengetahui kisah tersebut sejak semalam.

Sebagai ibu yang baru dikurniakan cahaya mata sulung Nur Fatima Aisya, Fazura

cukup tersentuh dengan kisah tersebut dan mendoakan agar syurga menjadi balasan terbaik buat Allahyarham.

Sayang Amir. Semoga Amir gembira, berehat di syurga ya sayang. Doa Kak Faz sekeluarga tidak putus untuk Amir sejak dengar berita. InsyaAllah, keadilan akan dituntut untuk Amir.

“Kepada keluarga angkat yang telah membesarkan Allahyarham Amir dengan penuh kasih-sayang, Faz ucapkan berbanyak terima kasih, semoga Allah SWT membalas budi baik tuan-puan sekeluarga. Mohon bersabar dalam keadaan yang sangat mendukacitakan ini. We are all with you. Al-Fatihah.”

Pengacara paling popular ABPBH tahun lalu, Sherry Alhadad turut menjadi salah seorang selebriti terawal yang terkesan dengan perkhabaran sedih itu.

“Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah buat adik Amir. Syurga untukmu

. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Buat penyanyi dan rakan pengacara yang sinonim dengan Sherry iaitu Alif Satar pula, dia meminta pengikutnya di Instagram untuk sama-sama memberikan sedekah Al-Fatihah buat Allahyarham.

Rehatlah di syurga selamanya, Amir. Semoga keluarga Amir diberi kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi dugaan Allah SWT. semoga kalian bertemu lagi nanti di syurga, insyaAllah.

Tidak terkecuali juga ialah Haziq Hussni. Penyampai radio Hot FM dan pengacara itu tidak dapat menidakkan rasa amarah apabila mendapat tahu kisah tragik yang melanda seorang kanak-kanak yang tidak berdosa ini.

“Dari pagi tadi aku geram, tangan menggeletar, sakit hati, menangis, sedih bila baca pasal berita ini dan lepas tu tengok pulak video ini.

“Nampak adik Amir happy n bahagia dengan keluarga angkat dia. Berat adik Amir nak tinggalkan family angkat dia dalam video ni. Kau berikanlah keluarga angkat adik amir ketabahan.”

ARTIKEL BERKAITAN“Kalau Tahu Jadi Macam Ini, Saya Tak Akan Serahkan” – Ibu Angkat Kanak-Kanak Maut Sesal – REMAJA

Published by
FZ