Hanya kerana sebuah handphone, seorang adik sanggup membunuh abangnya dan lebih menyayat hati lagi apabila ianya berlaku gara-gara disebabkan oleh seorang teman lelaki.

Mangsa yang berusia 16 tahun dipercayai teah dibunuh oleh adiknya, 14, bersama teman lelakinya dengan membungkus mayat mangsa sebelum meletakkanny di belakang rumah kosong di Taman Glenview, Taiping Perak.

Mayat mangsa ditemui dua hari selepas dilaporkan hilang oleh keluarganya dan menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihak mereka menerima panggilan daripada jiran mangsa yang mengatakan ada penemuan mayat di luar belakang rumah di lokasi kejadian.

Kes Adik Bunuh Abang, Netizen Luah Rasa Kesal
Foto: Sinar Harian

Siasatan polis mendapati pada hari dilaporkan mangsa hilang, mangsa dipercayai baru pulang dari sekolah sebelum mendapati adik perempuannya membawa rakan-rakan, termasuk teman lelakinya ke rumah.

Ads

Pergaduhan berlaku

Sebaik saja mangsa pulang ke rumah, semua rakan-rakan adiknya termasuk teman lelaki beredar. Tapi, nak dijadikan cerita handphone si boyfriend ni tertinggal pula di rumah mangsa.

Bila mereka cuba menelefon telefon bimbit tersebut, panggilan tersebut diangkat oleh mangsa. Mangsa mencabar teman lelaki suspek supaya datang ke rumah untuk mendapatkan kembali telefonnya itu.

Disebabkan oleh kejadian tersebut, satu pergaduhan berlaku sewaktu teman lelaki suspek datang semula ke rumah.

Ads
Kes Adik Bunuh Abang, Netizen Luah Rasa Kesal
Foto: Sinar Harian

Difahamkan, mereka dipercayai mengelar leher mangsa dan kedua pergelangan tangan denga pisau sebelum menyerkup kepala mangsa dengan plastik untuk membunuhnya.

Pergh, tergamak wey! Agaknya waktu tu apa yang mereka fikirkan ya? Haihh..

Kedua-dua suspek sudah ditahan polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ads

Netizen terkejut

Rata-rata yang mendengar berita ini terkejut dengan tindakan yang diambil oleh adik mangsa. Mana tidaknya, baru berusia 14 tahun sudah berani untuk melakukan jenayah seumpama itu.

Kes Adik Bunuh Abang, Netizen Luah Rasa Kesal Kes Adik Bunuh Abang, Netizen Luah Rasa Kesal Kes Adik Bunuh Abang, Netizen Luah Rasa Kesal Kes Adik Bunuh Abang, Netizen Luah Rasa Kesal Kes Adik Bunuh Abang, Netizen Luah Rasa Kesal

Diharap insiden ini dijadikan pengajaran untuk kita semua. Berfikirlah terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa keputusan. Jangan hanya kerana marah, akhirnya membawa binasa kepada orang lain, lebih-lebih lagi keluarga sendiri.

Sumber: Astro Awani

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI