Kes Aiman Tino Disaman Ingkar PKP Di Kolam Pancing, Ini Penjelasan Menteri Kanan

Share

Tular nama penyanyi remaja ini apabila dia didakwa ingkar larangan berkumpul beramai-ramai di tempat awam; lantas dikenakan saman kompaun oleh pihak polis.

Kejadian berlaku di sebuah kolam memancing di Kuala Kubu Baru. Ketika diserbu okeh pihak polis, mereka mendapati sekurang-kurangnya 59 orang pemancing berada di situ.

Aiman Tino, 22 pantas mendakwa dirinya terperangkap dalam situasi tersebut kerana mereka dibenarkan masuk oleh pihak pengurusan dan telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak risiko wabak berjangkit.

Hhm, macam mana tu? Kalau nak diikutkan, kawasan shopping mall pun dipenuhi oleh orang ramai juga lebih-lebih lagi semasa cuti perayaan Aidilfitri sekarang. Namun pengunjung masih dibenarkan masuk.

*

Menerusi sidang media sebelah petang tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjelaskan mengapa aktiviti memancing di kolam tidak dibenarkan sepanjang PKPB.

Menurut beliau, keadaan kolam memancing yang membabitkan ramai orang boleh mengundang sesetengah pemancing untuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

Lantas, sesiapa yang mengunjungi kawasan riadah yang melibatkan perhimpunan itu tidak dibenarkan WALAUPUN mungkin ada segelintir yang mengikuti SOP penjarakan sosial.

“Ia (kolam) tidak seperti tasik yang besar. Di kolam, ramai yang berhimpun. Apa sahaja aktiviti yang menyebabkan orang ramai berhimpun, ia termasuk dalam senarai aktiviti dilarang dalam tempoh PKPB ini

“Kalau seorang senyap-senyap memancing di tepi sawah, tepi tasik (sebagai contoh), tiada siapa yang akan tangkap,” katanya pada sidang media tersebut.

*

Terdahulu, penyanyi Aiman Tino mendakwa tindakan saman kompaun RM1000 yang dikenakan ke atas dirinya, ayah Yusri Ishak dan adik Muhammad Haikal amat dikesali kerana mereka mematuhi SOP yang dikenakan oleh pengurusan kolam memancing.

Menurut Aiman kepada rakan media di Harian Metro, pemancing dikenakan peraturan yang perlu dipatuhi seperti mengamalkan penjarakan sosial satu meter, memakai topeng pelitup muka dan mendapatkan nombor giliran untuk masuk memancing.

“Kami amalkan semua itu semasa berada di lokasi. Ketikan polis melakukan serbuan, hujan sedang turun dengan lebar dan bangsal di situ dijadikan tempat lebih 20 orang berteduh.

“Namun polis enggan menerima penjelasan itu dan terus mengeluarkan kompaun kepada pengunjung,” jelasnya yang kerap ke kolam memanding tersebut sebelum PKP kerana jaraknya yang terletak hanya beberapa kilometer dari rumah.

Tak mengapalah Aiman. sama-sama kita jadikan ini sebagai pengajaran untuk selalu memerhatikan keadaan sekeliling sebelum berkumpul.

Walaupun kita rasakan diri sudah mengambil tatacara yang sepatutnya, tetapi dalam keadaan orang berkumpul beramai-ramai, kita tidak tahu risiko jangkitan yang ada.

NEXT READ: 23 Perkara Yang Tak Boleh Dibuat Sepanjang PKPB

Published by
FZ