Masih berbekas lagi kejadian seekor kucing bunting yang dipukul oleh seorang wanita sehinga mati hanya disebabkan haiwan terbiar itu membuang najis di hadapan kediamaanya di Pulau Pinang, akhir Disember lalu.
Dalam kejadian tersebut, broker hartanah berusia 51 tahun yang dikenali sebagai Hah Chong Kheng dilihat memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi hingga menyebabkan seekor mati dan seekor lagi cedera di bahagian mulut.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian tersebut telah disedari oleh penduduk yang kebetulan sedang duduk berehat di sebuah pondok berhampiran.
Hasil daripada aduan mereka, sepasukan pegawai Jabatan Veterinar hadir ke tempat kejadian, melakukan pemeriksaan dan mengambil bangkai serta kucing yang cedera balik ke Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar.
Hari ini, wanita tersebut dihadapkan dengan pertuduhan memukul dua ekor kucing di Mahkamah Seksyen Butterworth di bawah Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh membawa denda sehingga RM100,000 jika disabit kesalahan.
Wanita tersebut mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu dan diikat jamin RM10,000. Terdahulu, beliau telah direman selama 4 hari untuk membantu siasatan.
*
Haih, memang kejam betul tindakan wanita ini sekiranya benar didapati bersalah. Tak perlulah sampai tahap nak pukul dengan batang besi sekiranya kucing menaburkan najis di hadapan rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: Kena Cakar Kucing, Jangan Abaikan. Boleh Jadi Punca Hilang Penglihatan! – REMAJA
Antara cara termudah adalah meletakkan botol berisi air merah di hadapan rumah. Ini kerana kucing dikatakan takut untuk menghampiri warna merah. Ada juga petua orang tua-tua yang menyuruh menyiram minyak tanah di kawasan bertanah yang selalu dihampiri kucing kerana mereka tidak suka dengan bau kuat seperti ini.
Bagi korang yang penat melayan kucing yang sesuka hati ‘melabur’ ini, sudah tiba masa untuk korang menyemburkan beberapa jenis air semburan yang boleh dihasilkan sendiri di rumah. DIY je!
Jenis semburan pertama adalah campuran air, cuka dan sedikit sabun cecair. Semburan jenis campuran air dan peluntur pun popular kerana ia mempunai bau yang kuat.
Sekiranya korang tidak berapa gemar dengan bau kuat clorox dan cuka, tempatkan saja daun serai wangi di kawsan luar dan dalam rumah kerana ia boleh menghalau haiwan dan serangga.
Selamat mencuba!