Sumber Foto Hiasan: Facebook Malay College Kuala Kangsar (MCKK)

Tindakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semalam yang menyelar penularan bukti kejadian buli di sekolah berkenaan oleh ahli keluarga mangsa yang dibuli telah meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Kenyataan yang dikongsi menerusi satu hantaran di Facebook PIBG sekolah berkenaan semalam antaranya menjelaskan bahawa pihak PIBG MCKK telahpun mengambil maklum mengenai kes buli tersebut dan berkata penyiasatan kes telahpun selesai dan tindakan selanjtnya telah diambil oleh pihak sekolah.

Tatacara siasatan dalaman tanpa melibatkan campur tangan mana-mana pihak luar itu katanya diambil atas dasar pertimbangan wajar dan demi kebaikan semua pihak terutamanya para pelajarnya.

Justeru, PIBG MCKK menyelar campur tangan ibu bapa yang menularkan kejadian berkenaan menerusi media sosial sehingga memburukkan nama sekolah dan pelajarnya. Malah, ia khuatir jika pelajar sekolah asrama berprestij itu akan berdepan risiko diganggu oleh pihak luar.

Kes Buli MCKK: Hairan Pihak PIBG ‘Melenting’, Didakwa Ingin Jaga Nama Baik Sekolah?
Sumber Foto Hiasan: Facebook Malay College Kuala Kangsar (MCKK)

Sehubungan itu, sebilangan netizen kembali mempersoalkan mengapa pihak PIBG sekolah ‘melenting’ sebegitu rupa apabila kejadian buli ini tular. Ada yang beranggapan sekolah berkenaan terlalu cuba menjaga nama baik legasinya sehingga sanggup menyembunyikan kejadian buli yang sinonim di peringkat sekolah.

Antara individu yang mempersoalkan respon mereka termasuklah Peguamcara Jenayah, Johan Radzi bin Ahmad Zahar dalam temubualnya bersama Mingguan Wanita, hari ini.

Ads

Sebagai bekas pelajar sekolah berasrama penuh sepanjang tempoh persekolahan menengah, Johan tidak menolak berlakunya kejadian buli dalam kalangan pelajar. Bagaimanapun, beliau beranggapan nada kenyataan PIBG yang disiarkan itu sebagai ‘sangat aneh’.

“Yang saya hairan, kenapa pihak PIBG yang melenting dengan penularan mesej ataupun gambar tersebut.

“Pertama, mereka tidak seharusnya buat demikian sebab kejadian buli dah pun berlaku. Pihak PIBG sepatutnya mengambil pendirian untuk mengkritik aktiviti buli tersebut atau si pembuli. Bukannya cuba untuk menutupnya dengan alasan untuk menjaga nama baik sekolah.

Ads

“Saya rasa mungkin ini adalah beban sekolah-sekolah yang ada ‘nama’. Mereka sentiasa merasa perlu untuk menjaga nama baik sekolah walaupun kadang-kadang ada berlaku beberapa kejadian ataupun kegiatan yang tak diingini berlaku di dalam kawasan perkarangan sekolah tersebut.

“Saya rasakan pendirian PIBG MCKK dalam hal ini sangat aneh dan tidak seharusnya bernada sedemikian,” kongsi Johan.

Ads

Terdahulu, REMAJA melaporkan mengenai pendapat Johan Radzi mengenai cara pengendalian kes buli secara ‘pintu belakang’ ataupun ‘backdoor’ dalam sekolah seperti yang terjadi dalam kejadian buli di MCKK, kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Si Pembuli Daripada Keluarga T20 Sekalipun, Tak Patut Ada ‘Deal Pintu Belakang’ – Peguamcara Jenayah – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI