Peguam yang mewakili pelakon, Nur Fazura Sharifuddin bagi sebutan kes permohonan cerai ke atas suami, Fattah Amin menegaskan bahawa Fazura tidak sesekali pernah mengesahkan dakwaan dirinya dicurangi seperti yang tular di media sosial.
Ketika ditemui para pemberita di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi ini, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan agar masyarakat tidak terus membuat spekulasi terhadap punca permohonan penceraian.
“Fazura tidak pernah mengeluarkan kenyataan (berhubung dakwaan dicurangi oleh Fattah Amin).
“(Kenyataan) yang timbul adalah daripada individu-individu yang mengeluarkan kenyataan melalui media sosial berkaitan perkara-perkara yang sebenarnya kita pun tidak pernah cakap.
“Kalau tengok dalam permohonan penceraian pun, kita tidak sebut langsung isu-isu berkaitan kejadian curang dan sebagainya,” ulasnya.
Justeru, beliau memberi amaran bahawa tindakan keras akan diambil terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap kes ini.
Ads
Setakat ini, sudah 4-5 pihak sudah dikenal pasti pernah membuat kenyataan fitnah terhadap diri Fazura dan rumah tangga mereka.
Mengimbas kembali sejurus Fazura memfailkan penceraian pada 13 September lalu, timbul dakwaan daripada pengawal peribadi aktres itu kononnya wujud ‘penyondol’ yang menjadi punca keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura.
Individu yang dikenali sebagai Shahaszrin itu mendakwa seorang wanita yang pernah menjadi penata gaya tudung kepada Fazura cuba merapati Fattah dan mengakibatkan konflik antara pasangan selebriti berkenaan.
Lantas, spekulasi Fattah berlaku curang hangat diperkatakan warganet menerusi platform media sosial.
Mahkamah menangguhkan kes permohonan penceraian ke 7 Oktober 2024 untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan memutuskan jalan penyelesaian terbaik termasuklah keputusan sama ada bagi meneruskan penceraian ataupun tidak.
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemunculan Aina Abdul di pentas akhir Big Stage 2022 sebagai juri jemputan dilihat amat bersesuaian.
Bukan saja Aina pernah dipanggil sebagai Juri Juara pada minggu ketiga di Big Stage, malah penyanyi berusia 28 tahun ini cukup kenal dengan kepayahan yang dilalui oleh para peserta Big Stage 2022 memandangkan jarak usia mereka yang tidaklah jauh berbeza.
Menurut Aina sewaktu sidang media selepas program tamat, dia sendiri merupakan seorang peminat Big Stage dan tidak ketinggalan menonton keempat-empat musim sebelum ini. Dalam banyak-banyak musim itu, Aina terutamanya berbangga dengan para peserta pada tahun ini.
Mengapa agaknya?
“Saya rasakan musim ini adalah yang paling kompetitif. I am so proud of my brothers and sisters. Saya pun lebih kurang sama latar belakang dengan mereka (sebagai seorang penyanyi muda). Kepada Elica dan semua peserta pada malam ini, anda semua adalah pemenang.
“Saya rasakan kita dapat mengenali peserta pada tahun ini bukan saja daripada kelebihan vokal tetapi dapat melihat kredibiliti para peserta dari segi ‘musicianship’ mereka. Setiap peserta ada idea dan susunan lagu masing-masing
“Keep working, keep creating juga di luar sana selepas ini,” pesan penyanyi Fool ini.
Untuk pengetahuan, Aina dan juri tetap Big Stage 2022, Ajai dan Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Juri Juara, Aliff Aziz telapun memilih Elica Paujin sebagai juara keseluruhan musim ini.
Sementara itu, kedudukan naib juara dimiliki oleh Danial Chuer manakala Aisha Retno berada di kedudukan ketiga. Manakala Yazmin Aziz dan Tegar Septian masing-masing melengkapkan kedudukan keempat dan kelima.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama antarabangsa sepopular minuman bergas, Coca-Cola sering melakukan pembaharuan pada produk mereka bagi memastikan 1) Pelanggan tak mudah bosan dan 2) Untuk melebarkan lagi potensi pelanggan yang ada.
Jika dulu, Coca-Cola pernah bereksperimentasi dengan minuman Diet Coke khas bagi mereka yang enggan mengambil kandungan gula setinggi biasa dan juga minuman Coke Vanilla bagi yang inginkan rasa ais krim di dalam minuman mereka.
Kini, selepas 125 jenama ini ditubuhkan, Coca-Cola khabarnya ingin menghasilkan minuman beralkohol pertama pula dan ia akan dimulakan di Jepun.
Secara strateginya, ini adalah satu cara mereka ingin bersaing dalam pasaran minuman kategori Chu-Hi, iaitu kategori minuman perisa sparkling yang cukup digemari rakyat di Jepun. Selalunya, minuman jenis ini akan mempunyai kandungan alkohol sekitar 3% ke 8%.
Obviously, mereka ingin meluaskan lagi jumlah pembeli yang ada agar semua orang boleh memilih jenis Coca-Cola masing-masing. Jika tak ingin yang beralkohol, pilihlah minuman biasa. Jika nak rasa sparkling, cuba yang baru. Itu je.
Tak bermaksud semua minuman Coca-Cola di Jepun ditukar dengan kandungan alkohol.
Jangan salah pilih Coca-Cola tau! Nanti terbaring entah di mana. Hehe..
Jenama minuman alkohol popular Jepun seperti Kirin, Suntory dan Asahi sentiasa mempromosikan produk baru mereka di pasaran, dan Coca-Cola tak nak ketinggalan di belakang mereka. Buat masa ini, masih belum ada tarikh tetap bila ia akan dipasarkan di Jepun.
Namun, bagi korang yang ada perancangan untuk ke sana dalam masa terdekat, hati-hati ketika membeli minuman okay.
Paling mudah pun, jerang je air masak di bilik hotel dan bawa botol minuman bersama.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan disebabkan nak jadi selebriti, pelajaran dilupakan terus.
Itulah yang ditunjukkan oleh pelakon kacak, Fikry Ibrahim yang menyambut majlis konvokesyennya pada hari ini di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Dalam temuramah oleh rakan media di Media Hiburan, Fikri sifatkan proses belajar itu sebagai berterusan tanpa mengira usia.
Grad lambat tak apa, asalkan kita ikhlas belajar!
“Alhamdulillah, hari ini saya akhirnya konvo untuk ijazah sarjana muda saya dalam Pengkhususan Pengiklanan Media Massa.
“Saya pun tak sangka saya boleh konvo selepas saya mengambil keputusan extend (belajar) ketika menyertai dunia hiburan.
“Kemudian, saya sambung balik dan terpaksa lakukan beberapa perkara pada waktu yang sama. Saya perlu intern, shooting, berniaga. Sangat susah. Berkat doa mak, kawan-kawan dan usaha sendiri, berjaya juga,” jelas Fikry.
Ternyata, walaupun memasuki industri hiburan yang sibuk perlu ke sana-sini, itu bukanlah penghalang untuk Fikri habiskan pengajian.
Malah dia juga sedang bercita-cita untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana (Masters) pada tahun hadapan.
“Diploma bukan hanya untuk dapatkan kerja. Tapi ilmu yang kita dapat sama ada di universiti atau di luar universiti dapat mendewasakan kita. Sijil tu hanya sekadar bukti rasmi sudah belajar saja.
“Apa yang kita pelajari dalam kehidupan seharian juga penting. Sebab itu kita jangan berhenti bertanya dan belajar dari orang sekeliling. Kalau tak, saya rasa seorang individu itu sudah ‘mati’ sebelum usianya,” katanya lagi.
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...