Situasi kes Covid-19 di Malaysia yang sudah melebihi 3,000 kes baharu baru-baru ini telah membimbangkan banyak pihak.
Masing-masing membincangkan semula sama ada untuk meneruskan perancangan mereka ataupun tidak, buat masa ini.
Ini termasuklah pihak penganjur pencarian Hero Remaja 2020 yang telah bersiap sedia untuk menganjurkan pusingan uji bakat terakhir pada hujung minggu ini.
Ads
Hari ini, Majalah Remaja secara dukacitanya mengumumkan bahawa uji bakat secara walk-in itu terpaksa dibatalkan. Ia bagaimanapun ditunda ke satu tarikh baru yang bakal dimaklumkan kemudian.
Menurut muat naik oleh pihak Majalah Remaja di media sosial sebentar tadi, mereka memberi keutamaan pada faktor keselamatan peserta dan kru terlebih dahulu. Sebarang perkembangan baharu mengenai Hero Remaja 2021 boleh didapati di laman web Hero Remaja dan akaun media sosial Majalah Remaja.
Sebelum ini, pihak Nu Ideaktiv dan Astro selaku penganjur pencarian Hero Remaja 2021 telahpun melakukan ujibakat secara atas talian di mana peserta yang berminat perlu menghantarkan borang pendaftaran berserta video pengenalan diri menerusi laman web.
Ads
Tidak lama selepas itu, para peserta yang disenarai pendek telah mengikuti uji bakat secara fizikal di mana SOP dipantau oleh pihak Majlis Keselamatan Negeri (MKN).
Sumber Foto: IDEAKTIV
Atas permintaan peserta, peluang uji bakat secara walk-in dibuka pada hujung minggu ini namun terpaksa ditunda ke tarikh lain.
Tak mengapalah guys, ambil masa ini untuk melakukan persediaan secukupnya sebelum bertemu dengan juri kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sabtu lepas, pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 ini ditemui di Concorde Hotel Kuala Lumpur untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai juri uji bakat Hero Dewi Remaja 2023.
Meski penat setelah seharian melakukan penilaian dan penjurian bagi setiap peserta yang hadir, pelakon berusia 23 tahun ini akui bahawa dia mula sedar perspektif selaku seorang juri.
“Akhirnya saya sedar dua perspektif berbeza, sebab bila kita dah berada di kerusi juri, kita dapat lihat setiap sudut karakter seseorang itu dan saya lebih faham apa yang pihak juri mahukan dari bakal Hero dan Dewi Remaja selama ini,
“Sejujurnya perkara itu telah menyedarkan saya. Patutlah aku kena try Hero Remaja sebanyak empat kali sebelum ini,” akuinya.
Bekas pelajar MRSM Kuala Terengganu itu turut melemparkan nasihat kepada para peserta agar tidak berputus asa, meski setelah gagal berkali-kali dalam uji bakat Hero Dewi Remaja sebelum ini.
“Nasihat saya buat peserta yang sedang mencuba nasib untuk menempah nama dalam industri seni hiburan adalah untuk jangan sesekali berputus asa. Percaya pada kebolehan diri sendiri sebab dalam dunia ini, anda hanya ada diri sendiri untuk bergantung,” nasihatnya lagi.
Meski ditolak berkali-kali sebelum ini oleh pihak juri Hero Remaja, anak seni ini percaya bahawa aturan rezeki itu tidak pernah silap dan akan datang tepat pada masanya.
“Sejujurnya yang mendorong saya untuk mencuba sebanyak empat kali adalah diri saya sendiri. Setiap kali gagal diterima di uji bakat, saya akan pujuk diri sendiri sebaik mungkin,
“It’s okay Amir, tahun depan cuba lagi. Kalau tahu depan kena reject juga, cuba lagi sekali tahun depannya pula. Sampailah umur aku melepasi limit yang ditetapkan,” jelasnya.
Akui bahawa dari kecil, dirinya suka menghiburkan orang lain dan ingin melihat senyuman terukir di wajah orang tersayang menerusi persembahannya, pelakon berbakat ini enggan menoleh ke belakang lagi dan akan terus mengorak langkah dalam dunia lakonan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Amir Ahnaf, REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Finalis Hero Remaja Aniq Suhair yang semakin mendapat tempat di dalam industri hiburan tanah air baru-baru ini telah memuat naik gambar di media sosial, berkongsi aktivitinya menjadi sukarelawan di Pusat Penilaian Covid (CAC).
Aniq sempat berkongsi dengan kami tentang perasaannya yang begitu teruja kerana diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana petugas barisan hadapan bekerja seharian untuk menangani wabak pandemik COVID-19 ini.
“Semuanya berlaku secara kebetulan. Aniq cuba memanfaatkan MCO kali ini dengan menjadi sukarelawan. Tak sangka pula terpilih dan diminta untuk bertugas di zon merah CAC (Covid Assessment Centre) di Stadium Titiwangsa. Badan ditenggelami lapisan PPE, hati berasa nervous, takut dan dalam masa yang sama tak sabar untuk bertugas.”
“Alhamdulillah semua pesakit Covid-19 yang datang dalam keadaan baik, tetapi hati ni sebak bila melihat anak kecil dan warga emas turut hadir. Aniq cuma mampu memberi kata semangat dan menceriakan mereka semasa mengambil Vital Sign & SP02,” jelasnya di Instagram.
Ditanya bagaimana prosedur untuk menjadi sukarelawan, Aniq berkongsi cara dan proses untuk orang ramai menyertai pasukan sukarelawan ini.
“Sebenarnya tak susah pun. Kita hanya perlu mendaftar di website atau di bio Instagram @imaret_my, semua ada dalam website itu dan korang juga boleh memilih tarikh dan tempat untuk bertugas. Sebelum memulakan tugasan, korang akan diberi pembahagian kerja dan penerangan terlebih dahulu,”
“Aniq dan pun bertugas sebagai pengiring, jaga kaunter dan buat vital sign. Tempoh masa kerja Aniq pula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Tak rasa penat pun sebab Aniq memang enjoy bekerja di sana. Kalau nak diikutkan, duduk sahaja di rumah lebih memenatkan berbanding kita keluar bekerja,”
“Banyak yang Aniq belajar, lebih-lebih lagi tentang perubatan, cara memakai dan menyalin PPE dengan betul. Ini sangat penting ya. Lagi pula, semua sukarelawan di tempat Aniq bertugas memang sporting so we had fun,” sambungnya lagi.
Bukan semua orang berani untuk menjadi sukarelawan yang perlu berurusan dengan pesakit atau individu yang berpotensi dijangkiti COVID-19. Aniq tidak menjadikan ia sebagai alasan, sebaliknya remaja ini tidak mahu memikirkan tentang risiko yang bakal dihadapinya.
“InsyaAllah kalau niat kita betul nak membantu, Tuhan akan jaga kita. Perasaan takut dan gementar tu memang ada dan kerana itu kita kena banyak bertanya takut salah langkah jadi lebih buruk pula. Selagi kita mengenakan pakaian PPE dengan betul, insyaAllah semuanya boleh dielak,”
“Nasihat Aniq kepada orang di luar sana yang ingin menjadi sukarelawan, marilah kita sama-sama ringankan tulang untuk membantu. Tak susah pun. Para frontliners kita sudah tak cukup tangan dan tenaga, jadi sukarelawan sekarang pun dah dibayar dan bukannya percuma. So, untuk kebaikan bersama, yang mana rasa tak mahu buang masa di rumah, boleh sertai kami untuk jadi sukarelawan ini. InsyaAllah banyak manfaat yang korang akan dapat,” tambahnya lagi.
Apa-apa pun, tahniah Remaja ucapkan kepada Aniq Suhair kerana berani kehadapan dan menjadi sukarelawan bagi membantu barisan frontliners menangani pandemik ini. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran dan kesedaran kepada orang ramai untuk turut serta menjadi sukarelawan COVID-19 juga.
Bagi mereka yang tidak berkemampuan, duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting di luar. Sama-samalah kita putuskan rantaian COVID-19 ini daripada terus menular.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pencarian Hero Remaja merupakan program pencarian ikon lelaki muda pertama seumpamanya dalam dunia media cetak dan produksi di Malaysia.
Sejak menemui orang ramai pada tahun 1990, pencarian Hero Remaja yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Karangkraf ini telah pun memasuki edisi kesembilannya pada tahun ini.
Sesi pemilihan bermula pada bulan April lepas sebanyak tiga peringkat ujibakat dijalankan dan hanya 20 orang yang terpilih sebagai finalis Hero Remaja 2017.
Belum pun program ini bersiaran di kaca TV, rata-rata daripada finalis telah pun mempunyai pengikut yang kuat di media sosial. Ada juga di antara mereka yang sudah ada fans club sendiri.
Tidak hanya bersiaran di televisyen, kesemua finalis telah pun melakukan banyak aktiviti sebelum ini. Penilaian pemenang dibuat berdasarkan setiap task yang diberikan sama ada secara on ground atau pun online.
Selain itu, undian secara talian juga dibuka bagi memberi peluang buat penyokong mengundi calon favourite mereka. Undian boleh dilakukan di http://www.remaja.my/vote/. Setiap hari, satu vote.
Agak-agaknya apakah cabaran yang akan diberikan kepada nanti? Adakah hanya diuji berdasarkan kekuatan fizikal semata atau mungkin juga akan dinilai daripada segi IQ mereka?
Nah, kami tidak mahu cerita lebih lanjut tentang mereka, apa kata anda saksikan sendiri aksi finalis-finalis Hero Remaja 2017 ini pada episod pertama malam ini dan akan bersiaran setiap Khamis di Astro Ria dan Ria HD jam 9 malam.
Siapa yang bakal menggantikan takhta Fattah Amin? Tungguuuu…
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty, telah memberi tempoh sehingga April kepada pempengaruh, Imran Bard, untuk memohon maaf secara bersemuka selepas namanya dijadikan konten...