Selepas kematian George Floyd di tangan anggota polis Minneapolis baru-baru ini, Amerika Syarikat digegarkan dengan insiden tunjuk perasaan besar-besaran bagi menunjukkan solidarity kematian beliau.
Tular di media sosial apabila banyak butik-butik mewah dipecah masuk dan ramai yang mengambil kesempatan untuk mengambil barangan daripada butik yang telah dirusuh.
Gambar hiasan
Apple Store tidak terkecuali daripada menjadi mangsa ‘rompakan’, apabila iPhone, iPad, Apple Watch, MacBook dan iMac yang diletakkan di ruang pameran kedai dan stok di dalam stor telah dicuri. Namun, apa yang mungkin tidak diketahui si ‘perompak’ ialah peranti demo di Apple Store dilengkapi sistem akan menyahaktifkannya apabila ia dicuri.
Ads
Seorang individu yang dipercayai telah mengambil iPhone tersebut memuat naik gambar di media sosial dengan menunjukkan amaran yang dipaparkan untuk memulangkan semula dari lokasi ia dicuri serta peranti sedang dijejak oleh pihak berkuasa yang telah dihubungi.
Ads
Sistem GPS yang menjejak lokasi peranti boleh digunakan secara percuma dan disebabkan itu, peranti boleh dikesan dengan mudah oleh pihak Apple selagi ia dihidupkan. Semua peranti yang dicuri kini tidak lagi boleh digunakan dan hanya bernilai sebagai alat ganti haram.
Ads
Ha, dalam mimpi sahajalah mereka nak pakai iPhone secara percuma. Sudahlah tak boleh guna, tak pasal-pasal didakwa mencuri pula. Hiks!
Tahun 2020 merupakan satu tahun yang kita boleh lihat banyak syarikat besar ataupun kecil mengalami kemerosotan akibat pandemik Covid19.
Terbaru, Nikon Malaysia secara rasminya mengumumkan pengunduran daripada pasaran Malaysia bermula 1 Januari 2021 ini. Pernah menjadi fenomena dalam industri DSLR serta merupakan pesaing jenama-jenama besar akhirnya Nikon tewas juga dengan pandemik Covid-19.
Akhir Oktober lalu, Nikon baru sahaja mengumumkan akan menghentikan operasi secara rasminya di Indonesia bermula 22 Oktober 2020.
Sumber Nikon Malaysia.
Dalam pada itu, para peminat Nikon masih lagi berpeluang mendapatkan barangan serta aksesori jenama ini menerusi syarikat pengedar di bawah Futuromic Photo AV Sdn Bhd.
Untuk info, Nikon bermula sejak 1917 apabila tiga pengilang optik terkemuka di Jepun yang digabungkan untuk membentuk syarikat optik bersepadu sepenuhnya sehinggalah Nikon berjaya menjadi syarikat gergasi yang menguasai industri kamera.
Di Malaysia, Nikon ditubuhkan pada Aprl 2001 dan mewakili Nikon Corporation dan berjaya menubuhkan satu asas yang kukuh menerusi pengedar tempatan.
Namun, wabak pandemik COVID-19 menyebabkan banyak syarikat termasuklah syarikat gergasi di dunia terpaksa mengecilkan operasi bagi mengurangkan kos. Sebelum ini, sekitar Jun lalu, syarikat Olympus yang sudah 84 tahun dalam industri kamera turut mengumumkan pengunduran daripada dunia kamera atas beberapa faktor.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akibat sikap tidak endah, seorang remaja maut apabila terkena serangan elektrik di atas katilnya.
Seperti remaja sebayanya, Nong Ying, 17 yang berasal dari Thailand menghabiskan masa di atas katil bersama telefon pintarnya yang sedang dicas.
Namun, gara-gara dia degil mengecas dengan kabel USB yang telah rosak (frayed), kabel tersebut tersentuh bahagian kaki katil yang diperbuat daripada besi dan dia dikejutkan dengan serangan elektrik.
Nong Yin, 17.Wayar kabel yang dibalut dengan duct tape.
Ibu Nong dilaporkan pulang ke rumah dan mendapat anaknya itu sedang kejung terlantar di dalam biliknya.
Beliau cuba untuk mengejut Nong yang diingatkan sedang tidur tetapi beliau sendiri terkena kejutan elektrik setelah menyentuh tubuh Nong.
Si ibu serta-merta menutup suis kabel tetapi jelas, ia sudah terlambat dan Nong telah meninggal dunia.
Menurut laporan Ketua Polis Siasatan, Khanti Peansoongnerm pula, mereka mendapati tangan Nong terbakar akibat memegang telefonnya.
Keadaan telefon pintar Nong yang rosak selepas terkena serangan elektrik.
*
Familiar bukan kes ini?
Penulis sendiri selalu melihat rakan dan ahli keluarga sendiri membalut kabel USB mereka yang telah rosak dan tertanggal daripada ‘badannya’ semata-mata ingin berjimat.
Ingat, berjimat pun perlu kena dengan tempatnya.
Kalau sehingga boleh mengancam nyawa, it is not worth it guys. Lebih baik kita utamakan keselamatan dan membeli kabel USB yang baru.
Situasi pandemik COVID-19 yang berlaku di negara kita mungkin merungsingkan ramai pihak kerana terpaksa bekerja dan belajar dari rumah. Lebih-lebih lagi pelajar yang memerlukan pembelajaran secara online. Untuk ibu bapa atau pun keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang masih bersekolah, mungkin mereka sedang rungsing memikirkan gajet yang sesuai untuk digunakan bagi sesi pembelajaran.
Kalau nak beli harganya bukannya murah. Tapi, bagi siapa yang tidak berkemampuan masih ada komputer riba yang dijual dengan harga bawah RM500. Setidaknya lebih murah sedikit berbanding harga ribuan ringgit kan?
Untuk kegunaan pembelajaran atau kerja-kerja basic, kenapa tidak kita beli yang seadanya. Asalkan boleh menyiapkan kerja dengan sempurna.
Betul tak?
Jom kita lihat antara senarai komputer riba yang dijual bawah harga RM500.
Mempunyai kelulusan Certificate of Authenticity (COA) yang menggunakan prosessor Intel Core 2 Duo 2.2GHz dengan 2GB DDR2 RAM. Laptop berkapasiti 80GB ini dilengkapi dengan pemacu DVD+CDRW, skrin 14.1”, AC Adapter, pengecas dan bateri.
Spesifikasi:
• Prosessor Intel Core 2 Duo 2.20GHz
• 2GB DDR2 RAM
• 80GB SATA Hard drive 2.5″
• DVD+CDRW (Pemain DVDs + Burn/Copy CDs)
• Keluasan Paparan Skrin 14.1 Inch
• Empat USB 2.0 Ports
• VGA out, S-Video out
• 1394 Firewire
• 10/100/1000 Gigabit ethernet
• 802.11 b/g WiFi
Walaupun laptop jenis refurbished yang mungkin terdapat sedikit kecacatan luaran, ia mempunyai dalaman yang baik dengan skrin yang agak luas 15.4 inci.
Spesifikasi:
• Saiz skrin 15.4 inci VXGA 1280 X 800
• Processor Intel Core 2 Duo
• 160GB HDD
• Lengkap dengan pemacu Optik DVD/CD-RW
• RAM 2 GB
• Sistem Operasi Windows 7 Professional
• Lengkap dengan Adapter Lenovo 20V
• Port USB, IEEE
• Video Grafik Adapter
• Line in mikrofon
• Line out Headphone
Berkelajuan 4GB RAM dengan kapasiti 16GB SSD dan mempunyai slot HDMI serta menyediakan skrin paparan berkeluasan 11.6 inci.
Spesifikasi:
• Jenama DellSeries
• Dell Chromebook 11
• Nombor model : 730-8301Linux X 86-64
• Menggunakan Platform Chrome
• Sistem operasi Chrome OS
• Prosessor Intel 1.4 GHz Intel Celeron
Menggunakan sistem operasi Windows 7, laptop refurbished ini mempunyai skrin bersaiz 10”.
Spesifikasi:
• Prosessor Intel Atom N280 1.66Ghz
• 160GB 7200RPM Sata Hard Disk Drive
• 2GB DDR3 Ram
• Intel GMA950 Graphic
• 10.1″ LED (1024×600)
• Wifi,Webcam
• WIndows 7 Operating OS
Laptop murah yang mendapat rating tinggi daripada pembeli terlebih dahulu. Korang mempunyai dua pilihan iaitu Acer Travelmate dengan HDD atau SSD. Tapi, kalau korang nak yang laju pilihlah SSD.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan ramai selepas sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan keperibadiannya yang mesra melayan...