Terbaru sejumlah 712 orang meninggal dunia akibat penyakit itu dalam 24 jam terakhir, sekali gus melonjak kepada jumlah keseluruhan 8,215 orang – lebih dua kali ganda dari tempat lain di dunia. Jangkitan baharu pula meningkat 6,153 kes, menjadikan setakat ini 80,539.
Rata-rata semua orang berasa gerun dan takut akan peningkatan angka kematian di negara bersejarah itu. Apa yang membuatkan negara bersejarah ini mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi di dunia meski telah kerajaan mereka telah membuat perintah berkurung (lockdown).
Dua bulan lalu dunia dikejutkan dengan kemampuan China membina sebuah hospital dalam masa hanya dua minggu. Tapi lain pula di Itali kini.
Di Itali ,situasi Covid-19 semakin runcing dengan jumlah kematian di negara ini melangkaui China. Unit rawatan rapi hospital pula telah dipenuhi pesakit kritikal. Antara jalan penyelesaian yang dicadangkan ialah membina unit rawatan rapi segera menggunakan kontena. Konsep Connected Units for Respiratory Ailment (CURA) ini adalah hasil kerjasama Carlo Ratti Associati, Italo Rota, Studio FM Milano, Humanitas Research Hospital, Jacobs dan Squint/opera.
Setiap kontena boleh menempatkan dua orang pesakit. Dengan rekaan modular, sebuah unit rawatan rapi yang sentiasa berkembang dapat dibina dengan pantas. Pembinaan boleh dilakukan di tempat letak kereta, padang, dataran awam dan juga kapal kargo yang diubahsuai.
Kontena dengan mudah boleh didapati di seluruh dunia dan oleh sebab itu rekaan CURA akan diberikan secara sumber terbuka kepada negara yang memerlukan. Buat masa ini CURA masih lagi sebuah konsep tetapi dengan jumlah pesakit yang semakin meningkat tidak mustahil ia menjadi realiti dalam masa terdekat.
Moga bakal hospital kontena ini dapat menampung jumlah pesakit Covid-19 di Itali.
SUMBER RUJUKAN: CARLORATTI