Siapa tidak kenal Pakar Perbidanan, Dato’ Dr Hamid Arshad. Sebagai pakar perbidanan dan sakit puan yang telah banyak membantu kaum wanita, sudah pasti kepakarannya amat dihargai.
Hari ini, beliau telah berkongsi pengalaman di fbnya mengeluarkan hampir 100 ketulan fibroid pada seorang wanita berusia 37 tahun.
Mungkin telah lama berkarier dalam kerjaya namun jarang melihat situasi ini, beliau berkongsi untuk para pembaca dan mengharapkan doa buat pesakit ini mendapat cahayamata.
Baca perkongsiannya!
Subhanallah. Saya terkejut bila saya bedah pesakit ini yang berumur 37 tahun, mengidap tumbuhan FIBROIDS yang amat banyak, tidak terkira banyaknya, mungkin hampir 100 ketul.
Mulanya saya sangka hanya beberapa ketul tumbuhan sahaja.
Kes saperti ini sepatutnya perlu bedah buang rahim , tapi bila saya fikirkan beliau masih belum punyai anak, saya hanya buang tumbuhan2 sahaja dan kekalkan rahim. Memang sukar prosedur pembedahan tersebut dan banyak perdarahan berlaku.
Sebelum bedah tahap darah pun sangat rendah, hemoglobin hanya 5 gm%. Beliau diberi transfusi darah sebelum, ketika dan juga lepas pembedahan.
Dengan izin Allah SWT, mungkin pesakit ini boleh hamil.
Jika ini berlaku saya anggap satu miracle, Allah Maha Berkuasa Maha Pengasih dan Penyayang.
Mari kita doakan agar pesakit ini cepat sembuh. Aamin.
Sumber : Fb Dr Hamid Arshad