Foto Via Pexels

Sejak kebelakangan ini, banyak kes individu dilaporkan hilang berlaku di negara kita dan ia membangkitkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.

Jadi mari kita gunakan aplikasi ini untuk langkah berjaga-jaga dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan risau terhadap ahli keluarga dan pasangan.

CARA KESAN LOKASI SESEORANG

Life360

Kes Orang Hilang Makin Ramai, 6 Aplikasi Kesan Lokasi Keluarga Dan Kawan

Life360 ini berfungsi sebagai live location kita berada di luar selagi internet di telefon masih berfungsi. Walaupun bateri tinggal sikit, anda tetap akan mendapat notifikasi.

Dengan menggunakan aplikasi ini, anda dapat meilhat destinasi yang dituju oleh pasangan dan kelajuan ketika mereka menggunakan kenderaan.

Lebih menarik lagi, lokasi rumah boleh disimpan dan apabila pasangan tiba di rumah, anda akan mendapat notifikasi. Selain itu, di aplikasi Life360 boleh juga menghantar mesej kepada pasangan.

Akhir sekali, cara kesan lokasi seseorang sudah tentunya boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi Life360. Anda boleh melihat pergerakan pasangan di peta lokasi yang disediakan.

FIND MY FRIENDS

Kes Orang Hilang Makin Ramai, 6 Aplikasi Kesan Lokasi Keluarga Dan Kawan

Find My Friends membolehkan anda mengetahui bila dan dimana seseorang berada tanpa mengira perisian iPhone mahupun Android. Menurut laman web rasmi applikasi itu, paparan peta seperti Waze akan terpapar apabila lokasi dikongsi. Melalui peta tersebut anda boleh mengetahui kelajuan pergerakan rakan anda dan ia berbeza dari Find My iPhone yang digunakan untuk mengesan telefon yang dicuri. Pengguna Find My Friends juga boleh memilih jenis interaksi yang ingin dikongsi bersama pengguna-pengguna lain.

Google Family Link

Kes Orang Hilang Makin Ramai, 6 Aplikasi Kesan Lokasi Keluarga Dan Kawan

Aplikasi kawalan ibu bapa oleh Google yang membolehkan pengurusan aktiviti digital anak-anak dan penjejakan lokasi.

FamiSafe

Kes Orang Hilang Makin Ramai, 6 Aplikasi Kesan Lokasi Keluarga Dan Kawan

Aplikasi kawalan ibu bapa yang menyediakan ciri penjejakan lokasi, geofencing, dan pelbagai kawalan ibu bapa.

Glympse

Kes Orang Hilang Makin Ramai, 6 Aplikasi Kesan Lokasi Keluarga Dan Kawan

Aplikasi perkongsian lokasi masa nyata yang membolehkan pengguna berkongsi lokasi mereka untuk tempoh masa tertentu.

Family Locator

Menawarkan penjejakan lokasi GPS masa nyata, amaran S.O.S, dan peta luar talian untuk navigasi.

BACA LAGI : Jarang Mekap Tebal Tapi ‘Onz’ Sentiasa, Ini Rahsia Cantik Daiyan Trisha

Sumber : 1
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI