Malaysia

Kes Pelajar Mati Dipukul: Polis Belum Dapat Dedah Punca Kematian, Warden & Beberapa Rakan Mangsa telah Dirakam Percakapan

Share

Berhubung kes melibatkan pelajar kolej vokasional yang maut dipukul di asrama baru-baru ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum dapat mendedahkan punca kematian mangsa.

Perkara tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Hari Polis ke-217 Tahun 2024 Kontinjen Sabah di Auditorium IPK Sabah, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kafir Adalah Kata-Kata Yang Kasar, Saya Masih Amalkan Ajaran Islam” -Fathia Latiff

“Memandangkan masih dalam siasatan dan elak sebarang spekulasi, jadi buat masa ini pihak polis tidak dapat memaklumkan sebab kematian berdasarkan hasil bedah siasat berkenaan.

“Berdasarkan gambar memang ada (kesan lebam), bagaimanapun nanti kita maklumkan (kecederaan),” katanya.

Tambah beliau lagi, setakat ini beberapa individu juga turut telah dirakam percakapan termasuk warden dan rakan-rakan mangsa lain.

“Polis belum dapat dedahkan berapa ramai yang dipanggil, mungkin akan jadi ramai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Polis Sabah telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi memastikan siasatan kes berkenaan.

Jumaat lalu, pelajar sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah, Allahyarham Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan ditemukan meninggal dunia di asrama kolej berkenaan dipercayai akibat dipukul oleh rakan asrama.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Sinar Harian

Published by
Fath