Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes sebuah butik di Sunway Pyramid ditutup gara-gara seorang stafnya terkena jangkitan Covid-19, terbaru harini pihak NU Sentral pula mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Facebook tentang seorang staf pengurusannya yang dilaporkan positif Covid-19.
Dalam hantaran di laman Facebook pusat membeli belah tersebut, pihak pengurusan NU Sentral menyatakan yang Kementerian Kesihatan telah melakukan pengesanan kontak rapat dan seluruh staf pengurusan pusat membeli-belah itu diarahkan menjalani ujian saringan.
Ujian pertama mendapati kesemua mereka negatif virus tersebut dan diarahkan menjalani 14 hari kuarantin di rumah.
Sebagai langkah berjaga-jaga pihak pusat membeli belah terbabit telah menjalankan kerja nyahkuman dan pembersihan secara menyeluruh pada Sabtu, 26 September mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
***P/S – Kalau boleh elakkan mengunjungi lokasi yang sesak. Cegah sebelum kita menyesal di kemudian hari. Amalkan penjarakan sosial dan sentiasa mengenakan topeng muka apabila berada di Kawasan umum. Warga lembah kelang terutamanya, jagalah kesihatan diri masing-masing. #kitajagakita
Sumber: Facebook NU Sentral