Kes Positif Dunia Hampir 24 Juta, Pakar Percaya Pandemik Maut Ini Kekal Selama-Lamanya

Share

Pejam celik pejam celik rupanya dah dekat 9 bulan kita dah berperang dengan pandemik Covid-19 sejak kemunculannya Disember 2019 lalu.

Lebih merisaukan kajian terbaru melaporkan sebanyak 200,000 kes baharu positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif global menghampiri 24 juta kes. Wow!!!!

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 5.76 juta kes jangkitan.

Walau bagaimanapun, seorang pakar yang juga bekas Ketua Penasihat Saintifik United Kingdom (UK), Prof Mark Walmart berpendapat bahawa COVID-19 akan ada selama-lamanya di dunia ini sekali gus mendorong keperluan mengambil vaksin secara berkala.


Menurut beliau, COVID-19 hampir sama dengan virus influenza dan menyebabkan ia memerlukan inokulasi berulang pada skala global.

Beliau yang juga anggota Kumpulan Penasihat Ilmiah untuk Kecemasan (Sage) memberitahu, COVID-19 juga tidak akan menjadi penyakit seperti cacar yang dapat dihapuskan dengan menggunakan vaksin.


“Ini adalah virus yang akan selalu ada bersama kita dalam beberapa bentuk atau yang lain dan hampir pasti memerlukan vaksin secara berkala.

“Jadi, seperti selesema, orang akan memerlukan vaksin secara berkala,” katanya.

Bagaimanapun tegasnya, tindakan bersasar akan digunakan sebagai usaha untuk membendung penularan wabak berkenaan.


Dalam pada itu, Prof Walmart turut menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes yang berlaku di benua Eropah khusunya di United Kingdom.

Beliau mendakwa bahawa kurang satu daripada lima orang di UK dijangkiti virus berkenaan, dan 80 peratus dijangka akan terdedah kepada jangkitan berkenaan.

“Anda boleh lihat apa yang terjadi di Perancis, Sepanyol, dan di Korea Selatan, yang berjaya mengawal jangkitan dengan pantas namun kini melihat peningkatan kes. Oleh itu, jangkitan ini ada pada kita,” katanya.

Takutkan dengar pendapat Prof ni, so korang dah sedia ke nak berdepan dengan pandemik ni selama-lamanya?

Jadi korang teruskan la norma hidup kita sekarang dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Moga kita semua terhindar dari wabak maut ini.

Published by
Ruziana Zainal