Kes Remaja Cuba Terjun Overpass: Permainan Mobil Penyebab Depresi?

Share

 

Walaupun mendiang Steve Jobs merupakan salah seorang pengasas syarikat teknologi gergasi Apple, tahukah korang bahawa beliau telah melarang anak-anaknya menggunakan iPad semasa tablet itu baru menemui pasaran, beberapa tahun lalu.

Tambah menarik apabila muncul kajian terhadap sebuah sekolah swasta bernama Walforf School of the Peninsula di Silicon Valley yang dihadiri oleh 75 peratus pelajar daripada keluarga pegawai teknologi.

Sekolah tersebut melarang pelajar mereka yang berusia 11 tahun ke bawah daripad menggunakan iPhone dan iPad. Walaupun ibu bapa mereka adalah orang kuat teknologi, mereka sendiri enggan anak-anak mereka sendiri bergantung harap kepada gajet.

*

Hhm, adakah penggunaan telefon pintar dan gajet lain seperti iPad mendatangkan ketagihan merbahaya kepada kita semua?

Sumber Foto Hiasan : Pexels.com.

Menurut kajian, otak manusia akan melepaskan sejenis bahan kimia bernama Neurotransmitter Dopamine ketika pengguna sedang leka bermain permainan mobil dan melayari internet di telefon pintar.

Neurotransmitter Dopamine membuatkan seseorang gembira bagi tempoh waktu sekejap apabila si diamelihat muat naik Instagram mereka mendapat jumlah ‘likes’ yang banyak. Tidak lama kemudian, dia akan inginkan LEBIH LAGI.

Situasi ini adalah respon automatik minda manusia yang tercari-cari perkara untuk dilakukan bagi mengisi kekosongan dan mengatasi rasa gelisah (anxiety), kurang keyakinan dan depresi.

Jika perasaan depresi itu belum cukup kritikal untuk si dia, pengguna gajet juga booleh mempunyai pemikiran suicidal

ataupun keinginan membunuh diri – seperti yang dibuktikan dalam kes remaja yang cuba untuk terjun daripada jambatan overpass, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN : Stres Handphone Dirampas Bapa, Remaja Ambil Keputusan Terjun Dari Jambatan – REMAJA

Bagi membendung ketagihan dan ‘penyakit’ ini daripada berleluasa, kerajaan di beberapa negara seperti Korea Selatan telah mengambil tindakan awal.

Pada tahun 2011, kerajaan Korea menguatkuasa akta Shutdown Law yang juga digelar Cinderella Law. Akta ini melarang kanak-kanak dan remaja di bawah usia 16 tahun untuk bermain ‘video games’ di antara 12 tengah malam hingga 6 pagi.

Di China pula, mereka telah melarang rakyatnya yang berusia bawah 18 tahun untuk bermain ‘online games’ dari 10 malam hingga 8 pagi.

Sumber Foto Hiasan : Pexels.com.

Jika kita sendiri mengharapkan kerajaan Malaysia melaksanakan peraturan yang sama seperti di China dan Korea Selatan, ia mungkin sukar untuk dilakukan. Bagaimanapun, kita sendiri boleh meletakkan had masa pada penggunaan telefon pintar.

Terdapat beberapa aplikasi yang membantu kita menghentikan penggunaan telefon pintar selepas satu tempoh masa yang kita sendiri tetapkan.

Antaranya termasuklah Offtime, BreakGree dan Flipd. Untuk pengguna iOS, korang juga boleh consider aplikasi Moment. Manakala AppDetox dan Stay On Task pula boleh dimuat turun oleh pengguna Android.

Sekurang-kurangnya, kita tidaklah menjadi hamba kepada telefon pintar kita sendiri.

Sumber : (1)

Published by
FZ