Kes Semakin Meningkat, Kelantan Laksana PKP Penuh Mulai Hari Ini

Share

Kelantan menjadi negeri tebaru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini. Menurut Dato’ Seri Ismail Sabri selaku Menteri Kanan (Pertahanan), perintah ini dilaksanakan berikutan jumlah kes terbaharu Covid-19 yang semakin meninggi di negeri itu.

Negeri Che Siti Wan Kembang ini akan melalui fasa PKP selama dua minggu bermula 16 Januari sehingga 29 Januari 2021. Dalam perkembangan lain menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagi melaksanakan perintah berkenaan, sebanyak 19 sekatan jalan raya akan dilakukan di 10 sempadan antara jajahan negeri.

Rakyat perlu mematuhi PKP agar kes berjaya diturunkan. Sumber gambar: bebasnews

Bagi peniaga yang perlu merentas daerah borang kebenaran perlu diperolehi dari balai polis berdekatan dan surat tersebut tidak perlu diperbaharui setiap hari. Ini merupakan pembaharuan yang dilakukan bagi memudahkan masyarakat bergerak dan pada masa yang sama sektor ekonomi masih boleh berjalan seperti biasa.

Setakat 12 tengahhari kelmarin, Kelantan mencatatkan sebanyak 1,728 kes positif setakat ini dan terdapat 79 kes baharu dilaporkan.

Sumber: The Malaysian Insight & Astro Awani

Published by
Fiezreen