Kes keganasan senjata api bukanlah perkara luar biasa di Thailand.
Semalam, dunia dikejutkan dengan satu kes tembakan secara rambang yang membabitkan seorang remaja yang baru berusia 14 tahun menembak mati dua mangsa dan enam yang lain cedera.
BACA LAGI : Hero Batang Kali Sudah Tiada, Blake Mati Akibat Kanser Limfoma
Kejadian yang berlaku di pusat beli-belah terkenal, Siam Paragon, di Bangkok itu mengakibatkan keadaan menjadi kelam-kabut dengan orang ramai termasuk kanak-kanak bertempiar lari keluar dari pusat beli-belah itu.
Selain itu, menerusi video tular di media sosial, orang ramai dilihat berlindung dalam gelap di sebuah restoran di pusat beli-belah itu.
Siaran langsung di televisyen pula menunjukkan kesesakan lalu lintas teruk dengan keadaan hujan lebat di luar premis berkenaan.
Individu yang dikatakan penembak terbabit, yang memakai seluar kargo khaki serta topi besbol itu telah pun disoal siasat oleh Jabatan detektif polis Metropolitan, menerusi laporan di Facebook milik jabatan tersebut.
Hasil soal siasat mendapati, remaja lelaki tersebut disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.
Menurut Polis Thailand, Lt. Jeneral Achayon Kraithong, beliau memaklumkan suspek berkenaan dikatakan telah pun berhenti mengambil ubat.
“Suspek adalah pesakit di Hospital Rajavithi dan tidak mengambil ubatnya.
“Suspek terdengar bisikan seseorang yang menyuruhnya menembak orang. Ia adalah hasil siasatan awal kami,” katanya.
Tambah beliau lagi, remaja tersebut juga didapati berada dalam keadaan keliru ketika diberkas polis.
Sekadar info, dua orang, seorang Cina dan seorang Burma, disahkan terbunuh semasa tembakan itu, walaupun laporan awal menyatakan terdapat tiga yang terbunuh.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.