Syukur alhamdulillah. Nyata doa dari seluruh rakyat Malaysia menjadi penawar kepada gadis yang kepalanya ‘tertendang’ secara tidak sengaja ketika bermain gelungsur air di taman tema air popular di ibu negara.
Indfo terbaru ini dimaklumkan oleh pemilik fb, Ahmad Rasheed yang secara tak sengaja telah tertendang kepala remaja ini yang stuck dalam permainan Monsoon 360 dua hari lalu.
Menerusi perkongsian di facebooknya, Ahmad Rasheed mengakui kakinya patah gara-gara “tertendang” kepala seorang budak perempuan sewaktu mencuba permainan air tersebut.
Lebih chill dan perlu diikuti oleh semua rakyat Malaysia agar menjadi seorang yang baik hati kepada setiap orang, semasa menulis pengalamannya, brother ini meminta semua rakyat Malaysia mendoakan keselamatan gadis tersebut.
Yalah, kejadian ini tak disengajakan.Lagipun kes ini agak terpencil, kata orang kejadian tak disengajakan kerana pihak taman tema air ini sememangnya menitik beratkan keselamatan dan keseronokan buat pengunjungnya. Legakan hati bila tahu orang yang kita tertendang tu selamat!
Baca perkongsian brother ini
Bahana Monsoon 360 (chamber purple) Sunway lagoon..
Jom calculate kenapa kaki aku patah & gadis remaja tu knock out.. (kelajuan 21km/j)
Kronologi
Lepas aku launching trus free fall lebih kurang 8 meter sebelum perubahan arah gelongsor naik 45 degree ke arah atas semula sebelum belokan ke landing pool.. rupa-rupanya ada budak perempuan sebelum aku stuck (mungkin sebab dia pitam semasa launching tu..sebab dia x mintak pertolongan pon masa dia stuck..so semua attendant pool tu x perasaan..tiba bila giliran aku untuk launch aku pejam mata..dalam lebih kurang 0.5 hingga 1 saat dalam jarak 8 meter..tiba bunyi pelanggaran..dan tiba2 aku stop tgh2 terowong tu..ape hal siol?? Aku bangun..tengok ada budak perempuan tengah mengigil merenjat tangan kejang,mata ke atas sebelum dia pengsan sebab kene hentaman kuat kaki aku ke kepala dia.. aku pulak kaki patah (buku lali)..
Ok mari kita kira berapakah halaju (v) dan daya (F) hentaman budak tu kene sampai dia Knock Out..
V=s/t (m/s)
F=mxa(N)
V= 8m (jarak ke point hentaman ÷ 0.5s (masa ke point hentaman)
V=8m/0.5s
v=16ms-1 (21km/j)
F=79kg(jisim badan aku) x9.81ms-2( pecutan graviti)
F =79kgX9.81ms-1
F=774.99N.
. .patutla knock out and kaki aku patah..
Tapi aku berharap sangat agar pihak sunway lagoon x tutup terus slide ni,sebaliknya tingkatkan sistem n SOP..sbb aku rasa slide ni antara paling gempak kat negara kita..1 day aku akan return dan habiskan hingga ke garisan penamat peluncuran aku di monsoon 360 ni..
Baca perkongsian penuh brother ini di facebooknya