Kesan Lebam Atau ‘Covid Toes’ Dikesan Pada Remaja Dan Kanak-Kanak, Mungkin Gejala Baru Covid-19

Share

Hampir sebulan lebih kita ‘terkandas’ di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac lalu dan rata-rata tidak sabar menjalani kehidupan seperti biasa.

Masyarakat di Malaysia mahupun di seluruh dunia tertunggu-tunggu bilakah wabak COVID-19 ini akan berakhir.

Tidak menunjukkan tanda-tanda nak berakhir, baru-baru ini di Itali sekumpulan doktor memberi amaran bahawa radang dingin atau frostbite kemungkinan tanda-tanda baharu jangkitan wabak pandemik COVID-19.

Pada Mac lalu, beberapa pakar dermatologi di Itali menemui kesan lebam di buku lali serta kaki dan berlaku perubahan warna pada bahagian organ terhadap mereka yang dijangkiti COVID-19.

Pakar-pakar dermatologi di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) sedang berbincang kemungkinan potensi baharu simptom penyakit yang membawa maut, lebih-lebih lagi jika ia dijangkiti kanak-kanak dan remaja.

Keadaan ini sama dengan luka akibat kesejukan iaitu merupakan tanda yang terdapat dalam kalangan masyarakat bagi mereka yang tinggal di kawasan musim sejuk serta tebal seperti di kutub dan sub-kutub.

Ia menyebabkan saluran darah di kaki mengalami keradangan, malah jari kaki juga cenderung mengalami kekejangan serius. Di Itali, kanak-kanak seperti itu tidak menunjukkan sebarang gejala COVID-19 dan situasi ini menjadikan ia pandemik.

Sementara itu, kemungkinan gejala yang pada masa ini tidak biasa untuk COVID-19 dapat berkembang menjadi petunjuk utama jangkitan koronavirus baharu dalam beberapa bulan dan tahun-tahun yang akan datang.

Seperti yang ditegaskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus akan terus berada di antara manusia untuk tempoh masa yang lama.

So bagi yang ada alami tanda-tanda di atas, jangan berlengah lagi jalani pemeriksaan di hospital atau Klinik Kesihatan. Walaupun kes ini hanya diluar negara, namun kita harus mengambil langkah berjaga-jaga.

Sumber : Mstar

IKLAN