Kesan Positif Seawal 5 Minit. ‘Skipping’ Bukan Hanya Hebat Bakar Lemak
Ogos 25, 2021
Share
Rata-rata rakyat Malaysia kini mementingkan gaya hidup yang sihat, mana tidaknya setiap petang ramai je pergi beriadah dan bersenam di taman-taman rekreasi. Namun, peningkatan kes Covid-19 kini pasti mendorong korang tidak keluar sesuka hati dan hanya membuat senaman di kawasan rumah sahaja.
Jadi apa kata kita bersenam di rumah sahaja dengan aktiviti melompat tali atau pun skipping. Walaupun nampak ‘simple’ dengan hanya melompat tapi banyak kebaikannya. Sebelum ini, page
Public Health Malaysia ada berkongsi kebaikan melakukan aktiviti ini. Paling menarik ia mampu memberi kesan positif seawal 5 minit ke atas tubuh badan.
Kelebihan Senaman Lompat Tali
1. Pembakar lemak.
Lompatan selama 1 jam dapat bakar sehingga 1300 kalori. Dengan 10 minit buat jump rope, sama macam kita jogging 13km.
2. Koordinasi langkah kaki bertambah baik.
Untuk mereka yang semakin meningkat umur sangat bagus. Jump rope dapat melatih otak membuat beberapa pergerakan dalam 1 masa.
3. Mengurangkan kecederaan kaki dan pergelangan kaki.
Sebabnya kita dah bentuk otot kaki kita bertambah kuat dengan senaman jump rope.
Jadi kaki ini dah siap terima apa-apa gerakan atau hentakan yang berlebihan bila-bila masa.
4. Posture badan bertambah baik.
Sangat sesuai bagi korang yang selalu mengadap komputer yang akan menyebabkan risiko posture menjadi bongkok. Semasa aktiviti lompat tali ini, posture badan automatik berubah menjadi menegak dan mendada.
5. Tulang bertambah padu dan otot semakin kuat.
Lompat tali ini senamannya seperti senaman angkat berat. Kesannya, tulang dan otot kita jadi lebih kuat untuk menampung berat badan.
6. Hilangkan Stress
Enjoy... macam zaman kanak-kanak kita bermain lompat tali ini. Korang boleh buat di mana sahaja. Tak perlu tempat dan ruang besar. Yang penting ada tali jump rope.
Tak perlu lama-lama. 5 minit pun cukup dah. Setiap 1 minit buat lompat tali, pastikan kita rehat 15 saat.
Jangan bagi alasan tak ada tali lompat ini okay…dekat shopee penulis tengok banyak je jual.hehe