Kesibukan Jungkook BTS Tidak Mengganggu Misinya Bergelar Graduan Sarjana Muda

Share

 

Kalau diikutkan, di antara ahli kumpulan dari Korea Selatan yang mempunyai jadual paling padat pada setiap tahun tentunya jatuh kepada ketujuh-tujuh ahli BTS.

Namun, kesibukan luar biasa mereka itu tidak dijadikan penghalang kepada salah seorang ahlinya untuk menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda!

Jungkook, 24 telah dimaklumkan baru saja memperolehi ijazah dalam jurusan Hiburan & Penyiaran daripada Global Cyber University di Korea Selatan.

Tambah membanggakan apabila Jungkook turut terpilih sebagai penerima Anugerah Presiden yang merupakan pencapaian tertinggi yang diberikan kepada para graduan di universiti tersebut.

Atas faktor kesibukan, pemilik nama penuh Jeon Jung-kook ini tidak dapat menghadiri upacara konvokesyennya sendiri; namun video khas daripadanya dengan ucapan ringkas telah menjadi pengganti dirinya setlah ia dimainkan pada majlis tersebut.

“Ramai orang berkata saat menamatkan pengajian adalah satu pengakhiran dan juga permulaan. Saat ini membuatkan saya teruja namun beremosi pada waktu yang saya.

“Sya merasakan pembelajaran adalah satu perkara menyeronokkan untuk saya lakukan; ia juga menakjubkan dan mengujakan.

Saya berharap kita semua tidak akan terhenti di sini tetapi akan terus maju ke hadapan ke arah matlamat masing-masing.”

Sepeti dijangka, Jungkook menerima ucapan tahniah daripada pelbagai pihak terutamanya oleh peminat di laman Twitter setelah namanya tular dengan sejumlah 800,000 ciapan berbaur ucapan tahniah buatnya.

Untuk pengetahuan, Jungkook merupakan ahli terakhir BTS untuk menamatkan pengajian daripada kolej atau universiti. Siapa kata selebriti tidak perlu belajar tinggi?

ARTIKEL BERKAITAN : 15 Selebriti Korea Ini Rupa-Rupanya Fasih Berbahasa Inggeris – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Published by
FZ