Pernah tak anda tahan bersin dan kemudian terasa seperti pedih di bahagian telinga serta tekak. Itu adalah tanda buruk kecil akibat perbuatan tersebut. Baru-baru ini tular di dada platform berita utama negara mengenai kematian seorang lelaki berusia 34 tahun akibat menahan bersin.
Hasil post-mortem mendapati terdapat kesan bengkak yang ketara di bahagian tekak dan leher. Imbasan X-ray menunjukkan tekaknya telah pecah dan angin yang disedut telah melepasi rekahan di saluran pernafasan dan terus ke tisu berhampiran.
BAGUS UNTUK KESIHATAN
Bersin sebenarnya bagus untuk kesihatan kerana ia merupakan mekanisme tubuh untuk menyingkirkan habuk, kuman atau apabila ada iritasi pada hidung. Proses bersin melibatkan tekanan di dalam dada yang sangat kuat dan laju. Oleh itu apabila bersin sengaja ditahan ia akan mencederakan organ dan saluran pernafasan.
Berikut adalah kesan menahan bersin.
- Pecah Gegendang Telinga
- Merosakkan Saluran Darah, mata & Hidung
- Patah Tulang Rusuk
- Tekak Akan Cedera
- Jangkitan Telinga
- Diafragma Akan Cedera
CARA BERSIN YANG BETUL
Bila dikatakan jangan menahan bersin, jangan pula anda bersin sesuka hati tanpa memikirkan orang disekeliling. Bersin dengan berhemah, jika anda memiliki satu tangan atau tisu tekapkannya ke hidung sebelum bersin, ini bagi mengelakkan cecair dari tubuh anda berterbangan lalu terkena pada orang lain.
Jika tidak memiliki sapu tangan atau tisu gunakan bahagian lengan anda (bahagian lengan siku) dan rapatkan bahagian itu ke hidung.
Sumber: Public Health Malaysia