Bayangkan hidup kprang tanpa telefon pintar. Tentu ia agak sukar dan tak dapat dibayangkan. Golongan belia dan remaja merupakan antara peratusan pengguna tertinggi telefon pintar dan menggunakan Internet. Segala aktiviti yang dilakukan kini kebanyakannya berlegar di sekitar teknologi yang semakin memudahkan kehidupan kita.
Nak bertemu rakan? Guna saha laman media sosial seperti Facebook atau Whatsapp. Ingin keluar berjalan-jalan? Panggil sahaja perkhimatan e-hailing seperti Grabcar. Malah untuk pesanan makanan juga kini sudah banyak boleh dilakukan dengan hanya menggunakan apps.
Begitu juga dengan kebergantungan kita terhadap pelbagai peranti pintar dan gajet yang lain seperti jam pintar, tablet dan juga komputer yang kini diintegrasikan ke semua peranti.
Tapi apa yang merisaukan ramai pihak sekarang ialah penggunaan telefon pintar dan gajet tanpa kawalan di kalanagan remaja terutamanya yang masih bersekolah.
Menurut Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan penguasaan bahasa kebangsaan yang lemah di kalangan remaja terutama dari Generasi Z yang lahir dari tahun 1995 ke atas kini amat membimbangkan.
Ads
Jelasnya ketika ditemu bual oleh Bernama, antara punca utama yang menyumbang kepada punca masalah ini ialah akibat penggunaan telefon pintar dan gajet tanpa kawalan. Umum mengetahui bahawa pelajar sekolah menengah kini sudah ramai yang memiliki telefon pintar.
Akibat terlalu asyik dengan gajet menyebabkan mereka kurang bersosial sehingga menjadikan mereka pasif seterusnya gagal berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Jelasnya lagi, masalah ini semakin membimbangkan dan ia lebih menyedihkan kerana ramai remaja dibiarkan menghabiskan masa bersama telefon pintar dan gajet tanpa pengawasan yang lebih ketat daripada ibu bapa.
Ads
Selain itu, mereka juga dikatakan semakin hilang minat untuk membaca dan masalah ini sukar dibendung jika ibu bapa dan penjaga tidak memainkan peranan mereka dengan baik.
Adakah bagi korang selaku golongan remaja merasakan masalah ini sangat meruncing dan ketara?
Ads
Bagi REMAJA, walau apa jua teknologi atau peranti yang kita gunakan tidak perlu sampai ada rasa ‘ketagih’. Kita sudah dengar sebelum ini beberapa kes di negara China yang menyebabkan kematian akibat bermain permainan video komputer terlalu lama. Begitu juga dengan penggunaan telefon pintar dan gajet.
Walaupun setakat ini belum lagi yang mendatangkan maut tetapi janganlah sampai ia menggangu kehidupan korang. Jika ia menyebabkan korang menjadi anti sosial, mudah stres, kurang tumpuan dalam kelas dan resah jika telefon pintar tiada dalam radar penglihatan itu menunjukkan korang sebenarnya sudah parah.
Dan kesemua faktor itulah telah menyebabkan korang boleh lemah dalam menguasai Bahasa Melayu; malahan juga boleh lemah dalam semua subjek mata pelajaran yang lain.
Ingat, jadilah remaja yang pandai membahagikan masa. Gunakan telefon pintar dan gajet sebagai pemangkin untuk kehidupan kamu lebih senang, berpengetahuan dan berilmu.
Pempengaruh dan personaliti media sosial, Syed Fernarsh Syed Badlishah atau lebih dikenali sebagai Chazynash baru-baru ini telah menerima penghargaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Menerusi satu perkongsian di Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Chazynash telah diberikan tanda penghargaan apabila tindakannya dan rakan-rakan menyelamatkan empat orang warga Indonesia yang juga merupakan mangsa bot karam selepas dilanggar kapal tangki di sekitar perairan antarabangsa.
Menurut laporan berita tempatan, kumpulan nelayan tersebut hanyut dan terapung di perairan Pulau Jarak, Perak pada 20 November lalu.
Kredit: Instagram ChazynashChazynash dan rakan-rakannya yang telah menyelamatkan mangsa bot karamKredit: Instagram Chazynash
“Keberanian dan tindakan pantas yang dihulurkan telah berjaya menyelamatkan nyawa mangsa yang dalam kecemasan”
Dalam pada itu, seramai tujuh individu dan dua wakil pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga turut menerima sijil penghargaan khas daripada Maritim Malaysia
Selain Chazynash, antara individu yang menerima sijil penghargaan khas itu ialah Muhammad Afiq Sazali, Luqman Al Hakim Mohd Sabri, Mohamad Khushairi Mohamad Zuki, Muhammad Afif Abdul Rahman, Muhammad Syukri Yuhanda dan Ismail Ibrahim.
Kredit: Instagram ChazynashWarga Indonesia Yang Menjadi Mangsa Bot KaramKredit: Instagram Chazynash
Sementara, dua pihak TLDM yang menerima sijil penghargaan khas Maritim Malaysia adalah daripada Stesen Jarak TLDM dan KD Mahamiru.
Sehubungan itu, bersempena peluncuran kempen kesedaran keselamatan Monsun Timur Laut (MTL), penyerahan sijil penghargaan tersebut bersesuaian menghargai jasa dan sumbangan diberikan oleh komuniti maritim.
Menurutnya pihak Maritim Malaysia, sumbangan dalam memberi bantuan awal terhadap sebarang insiden kecemasan di laut merupakan satu contoh teladan baik kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia juga jelas mempamerkan semangat tolong-menolong dan saling membantu tanpa mengira latar belakang mangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kini sedang trending filem The-Con Heartist di Netflix dan semestinya ia menjadi perhatian warga maya Malaysia yang suka menonton filem di saluran penstriman atas talian itu. Dibarisi pelakon popular Thailand, salah satu watak yang mencuit hati adalah watak Ms Nongnuch lakonan Kathaleeya Mcintosh.
Watak seorang guru sekolah yang berusia dan tidak pandai bersolek serta begaya telah berjaya dihayati Kathaleeya dengan baik sekali. Kudos to her makeup and styling team! Kathaleeya yang sebenarnya sangat anggun dan bergaya, berubah 360 darjah menerusi transformasi yang dilakukan.
Di Thailand, Kathleeya bukan sahaja terkenal sebagai seorang pelakon bahkan dia juga seorang pengacara rancangan TV dan model. Sudahpun berkahwin dan memiliki tiga orang cahaya mata, biarpun sudah berusia 49, tahun dia masih kelihatan muda dan segar.
TENTANG THE CON-HEARTIST
Kisah yang digarap dalam filem ini cukup bersahaja dengan adegan dramatik yang diselitkan dengan unsur komedi. Mengisahkan tentang Ina, seorang wanita yang terpedaya dengan janji manis kekasihnya telah meminjam wang daripada bank semata-mata untuk membantu kekasinya membayar yuran pengajian. Rupa-rupanya itu hanya sandiwara dan setelah mendapat wang, kekasihnya itu telah meninggalkannya untuk mencari mangsa lain pula.
Ina yang telah berjaya mematahkan percubaan ‘scammer’ atas talian, akhirnya bekerjasama dengan ‘scammer’ tersebut untuk membalas dendam kepada bekas kekasihnya. Kalau nak tahu apa kesudahannya dengan lebih lanjut, korang kenalah tengok sendiri cerita ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan Govinda, Irfan, menyifatkan penyanyi versatil, Ernie Zakri antara penyanyi tanah air yang berpotensi untuk mencipta nama dan mengembangkan sayap ke negara seberang.
Berkata kepada Remaja, ia kerana pelantun lagu popular Ku Bersuara itu mempunyai kemampuan nyanyian yang luar biasa, justeru layak diberi peluang untuk menyerlah di negara itu.
“Kehadiran Ernie ke Indonesia dengan lagu Hal Hebat dan Masing-Masing disambut baik peminat dan rakan media di Indonesia.
“Dia miliki suara yang luar biasa, salah seorang diva terbaik dari Malaysia, justeri kami bangga kerana dapat mempromosikan dia di sana,” katanya ketika ditemu bual pada sidang media Konsert Govinda Hal Hebat.
Dalam pada itu, Irfan turut memberitahu, pandangan yang mengaitkan Ernie menumpang populariti kumpulan mereka untuk dikenali di Indonesia adalah sama sekali tidak benar.
Tambahnya, bakat yang dimiliki isteri kepada penyanyi Syamel itu sudah cukup untuk mengangkatnya, justeru dia tidak perlu menumpang populariti kumpulan berkenaan.
“Ernie ada bakat yang luar biasa dan kami yakin namanya boleh melonjak di Indonesia,” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peserta Big Stage Alpha, Araff menjadi perhatian hangat netizen Indonesia apabila persembahan mingguannya dalam pertandingan realiti tersebut mendapat pelbagai reaksi, beberapa minggu kebelakangan ini.
Walaupun...