Ketagihan Alkohol Punca Masalah Mental, Cara Delevingne Berjuang Demi Kehidupan Lebih Baik

Share

Kehidupan mewah dan populariti yang dikecap tidak mampu untuk menjamin kebahagiaan di dunia. Buktinya, lihat saja berapa ramai selebriti popular mempunyai masalah kesihatan mental.

Salah seorangnya ialah supermodel dan pelakon, Cara Delevinge.

ARTIKEL BERKAITAN : Hidap Dyspraxia Sejak Kecil, Kisah Hidup ‘Upside Down’ Model Cara Delevinge

Sebagai cover girl majalah Vogue AS keluaran April 2023, Cara bercakap terus terang tentang perjuangannya dengan krisis hidup yang disebabkan oleh alkohol.

Dia mendedahkan, “Saya bangun di rumah nenek saya dalam keadaan mabuk, dengan pakaian pengantin perempuan saya masih dipakai. Sebelum ini, saya membawa segelas Champagne bersama saya,” yang berlaku ketika dia berusia tujuh tahun.

Selepas kejadian itu, Cara menjadi seorang peminum alkohol. Masalah kesihatan mental mula timbul pada usia 10 tahun apabila dia mengalami insomnia dan terpaksa diberi ubat tidur.

Hidapi Dyspraxia

Cara juga didiagnosis dengan dyspraxia, gangguan saraf yang menjejaskan koordinasi fizikal. Namun, walaupun mengalami pelbagai kesukaran, Cara meneruskan kehidupannya dan memulakan kerjayanya sebagai model. Pada tahun 2009, dia menyertai agensi pemodelan Storm Management.


Cara Delevingne dan mendiang pereka Karl Lagerfeld selepas pertunjukan Chanel di Minggu Fesyen Paris 2014. (Foto: Francois Durand/Getty Images)

Kerjaya Cara sebagai model sangat berjaya. Dia sering muncul di catwalk pereka terkenal dan muncul dalam majalah fesyen. Dia juga memenangi anugerah Model of the Year daripada British Fashion Awards dua kali pada 2012 dan 2014.

Cara juga berjaya melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan, tetapi kejayaannya dalam kerjayanya adalah hanya seketika dengan keadaan mentalnya.

Kemuncak ketika wabak COVID-19 melanda, Cara berasa sangat sunyi. Dia juga baru-baru ini berpisah dengan teman wanitanya, Ashley Benson. “Itu adalah titik terendah saya,” kata Cara.

Sedar Untuk Mendapatkan Bantuan 

Pada Oktober 2022, tangkapan paparazi menyentap Cara mabuk dan itulah yang membuatkan dia sedar untuk mendapatkan bantuan. “Memang menyedihkan kerana saya kelihatan seperti seronok, tetapi sebaliknya saya tidak sihat. Kadang-kadang, kami perlu menilai diri sendiri, jadi saya bersyukur dengan foto itu,” jelasnya

Foto tangkapan paparazi menunjukkan kelakuan aneh Cara Delevingne pada Oktober 2022. (Foto: GC Images)

Sejak itu, dia memutuskan untuk menjalani program pemulihan. Selepas empat bulan, dia merasakan perbezaan yang ketara. Selain tidak lagi mengambil alkohol, keadaan kesihatan mentalnya juga bertambah baik.

Menurut Cara, perubahan itu tidak mungkin berlaku tanpa sokongan keluarga dan rakan-rakannya, termasuk Selena Gomez dan Margot Robbie. “Mereka memandang saya dan berkata, ‘Anda berhak untuk gembira,'” kata Cara Delevingne.

Ketagihan arak ini adalah satu penyakit. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan neurokimia. Oleh itu, mereka yang ketagihan arak ini tidak dapat mengawal tindakan-tindakan mereka. Moga Cara terus kuat untuk melawan ketagihan alkohol yang dialaminya ini dan kembali bersinar di lapangan permodelan.

Untuk orang Islam walau hanya setitik dan tidak memabukkan, arak dan minuman alkohol tetap haram!

BACA LAGI : Patutlah Islam Haramkan Arak, Kajian Bukti Ambil Alkohol Rosakkan Otak Walaupun Sedikit

BACA LAGI: Unik Dan Kreatif. Kostum Nasional Menarik Miss Universe Malaysia. – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana