Ketahui 5 Fasa Kesedihan Selepas Putus Cinta, Sebelum Korang Kembali Normal..

Share

Sesiapa yang pernah mengalami putus cinta je tahu macam mana perasaannya kan? Waktu ni memang buat apa pun rasa sedih je, rasa takde mood. Sampai kan kadang-kadang kita rasa takde energy untuk move forward dengan kehidupan kita.

Tapi itulah lumrah bercinta kan? Orang tua-tua kata kalau ada jodoh tu tak kemana. Tapi semua itu cuma ayat nak menyedapkan hati je sebenarnya.

Korang tahu tak sebenarnya ada dalam 5 fasa kesedihan yang kita akan lalui apabila kita baru lepas kehilangan seseorang, tak kisah lah siapa sekalipun. Sebenarnya fasa kesedihan ni juga merupakan salah satu defense mechanism dalam diri kita tau? Sebab diri kita tak mampu nak terima semua benda dalam satu masa, kita mesti ambil masa nak ‘proses’ dulu.

Terdapat 5 fasa kesedihan atau lebih dikenali sebagai ‘5 stages of grief’

  1. Denial
  2. Anger
  3. Bargaining
  4. Depression
  5. Acceptance

Pada tahun 1969, seorang psikiatri Swiss-American bernama Elizabeth Kübler-Ross menulis dalam sebuah buku terbitannya sendiri yang diberi nama ‘On Death and Dying”, dan didalam buku ini beliau menulis yang terdapat 5 fasa kesedihan seseorang akan lalui jika mereka baru lepas kehilangan seseorang yang mereka sayang.

Teorinya ini telah dikenali sebagai Kübler-Ross model, walaupun pada asalnya teori ini dicipta untuk mereka yang mempunyai sakit mental, tetapi beliau mengenalpasti yang teori ini juga boleh digunakan untuk mereka yang kehilangan seseorang.

  1. Denial

Pada mulanya, jika kita kehilangan seseorang yang kita sayang, kita pasti akan berada dalam keadaan denial atau tidak percaya yang mereka telah pergi meninggalkan kita. Sebagai contoh, korang rasa tak percaya, betul ke boyfriend atau girlfriend korang dah tinggalkan korang? Ini lah sebenarnya fasa denial yang dimaksudkan.

2. Anger

Fasa ni yang semua orang mungkin struggle sikit, tambah-tambah lagi bagi korang yang frustrated sebab pasangan tinggalkan korang. Waktu ini lah perasaan marah korang tu membuak-buak, dan rasa nak maki-maki je ex 

korang tu kan? Rasanya semua pernah lalui fasa ini, nak pulak dapat tahu pasangan korang cheat on you. Ianya normal untuk marah, tetapi kena hati-hati, takut nanti buruk padahnya.

3. Bargaining

Pernah tak lepas dah putus cinta tu, korang cuba untuk contact ex boyfriend or girlfriend korang balik? Waktu ni korang akan cuba untuk bargain dengan dorang, mungkin korang juga cuba untuk getback dengan dorang, bagitahu yang korang akan cuba untuk jadi pasangan yang lebih baik lepas ni, ataupun terfikir tentang “kalau aku buat macam  tu dulu.. mesti tak jadi macam ni sekarang..”. Normal semua tu, sebab masa ni, kita masih sedang cuba untuk ‘move on’ dan cuba hidup tanpa mereka.

4. Depression

Ini antara fasa kesedihan yang agak perit lah untuk korang semua. Korang dah mula sedar yang inilah realiti kehidupan korang sekarang, yang korang kena belajar untuk cuba hidup tanpa mereka. Depresi ini tak semestinya sejenis kronik, tetapi kalau korang tak berjaya untuk urus perasaan ini, kemungkinan korang akan boleh jadi ke arah itu. Disarankan waktu ini untuk banyakkan ‘reflect’

diri dan fokus pada diri sendiri.

5. Acceptance

Tahniah bagi mereka yang dah berjaya sampai tahap ini. Kalau korang dah sampai fasa terakhir ni, maksudnya korang dah berjaya melepas semua fasa yang ‘menyakitkan’ tadi tu, dan dah mula untuk move forward dengan life korang.

Jadi, korang semua yang baru sahaja lepas putus cinta tu, dah sampai fasa mana dah sekarang? Ada yang dah berjaya lepas sampai fasa 5 ke? Kalau sudah, penulis ucapkan tahniah kepada korang, jika belum, keep moving forward okay!

Published by
Sherfiqa Ermelia Marlyn