“Kenapa Badan Sentiasa Berbau Sedangkan Mandi 3 Kali Sehari!” Mungkin ini persoalan biasa yang ada diantara kamu sering persoalkan. Seolah rasa dunia ini cukup tidak adil. Percayalah, sesiapa pun tak ingin mempunyai masalah bau badan.

Tapi sayangnya masalah ini boleh menimpa sesiapa sahaja, terutamanya dengan keadaan cuaca tropika seperti negara kita. Perkara pertama yang kamu perlu ketahui ialah setiap orang mempunyai bau badan yang khas masing-masing. Tapi kenapa badan boleh berbau?

Yang nyata jika tidak mandi, bersihkan badan dan menggunakan produk seperti sabun, deodora atau pewangi masalah itu pasti akan muncul. Tapi ada juga orang yang lakukan semua itu tetap berdepan masalah ini. Bagaimana ia boleh berlaku?

Jom ikuti 7 fakta tentang bau badan yang harus kamu tahu.

Ads

1. Badan ada dua kelenjar berbeza

Ketiak Busuk? Badan Berbau? Ini 7 Fakta Tentang Bau Badan Yang Harus Anda Tahu

Setiap orang pasti akan berpeluh. Dan kelenjar peluh mempunyai dua jenis berbeza iaitu ekrin dan apokrin. Kelenjar ekrin terdapat di seluruh tubuh badan dan ia bertanggungjawab mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan. Manakala kelenjar apokrin pula berada di kawasan yang memiliki folikel rambut yang banyak seperti kulit kepala, ketiak dan errrr… sebagainya. Cairan yang dihasilkan kelenjar ini lebih bersifat lemak dan disebabkan itu ia cenderung untuk berbau.

2. Rambut boleh mengeluarkan bau

Sebenarnya bukan peluh yang keluar daripada kelenjar apokrin yang menyebabkan rambut berbau. Tetapi bakteria yang tertarik kepada bau dan peluh tersebut. Bakteria ini bertindak memecah lemak di kelenjar apokrin lalu menyebabkan keluarlah bau yang busuk. Semakin lebat rambut di kawasan itu semakin banyak bakteria dan semakin busuklah rambutnya.

Ads

3. Deodoran penyelamat ketiak

Remaja ingin tegaskan di sini; kepada remaja di luar sana terutama yang berada di sekolah menengah, sila gunakan deodoran. Kamu bukan lagi kanak-kanak dan seiring dengan perkembangan tubuh kamu yang mengalami perubahan akil baligh. Deodoran ialah ‘pertahanan utama’ untuk melawan bau ketiak yang busuk. Kandungan bahan yang terdapat di dalam deodoran mampu menghentikan peluh keluar akibat aktiviti berlebihan.

4. Jalani terapi medik

Ketiak Busuk? Badan Berbau? Ini 7 Fakta Tentang Bau Badan Yang Harus Anda Tahu

Untuk kes yang lebih ekstrim di mana bila menggunakan deodoran pun tidak berkesan rujuklah dengan doktor di hospital. Buangkan rasa malu. Terdapat prosedur injeksi botox yang mampu membantu terutamanya kepada orang yang berpeluh dengan banyak.

Ads

5. Pengaruh makanan

Ketiak Busuk? Badan Berbau? Ini 7 Fakta Tentang Bau Badan Yang Harus Anda Tahu

Tahukah kamu bahawa badan kita akan mengeluarkan bau jika memakan makanan tertentu. Contohnya bawang putih dan makanan berbau tajam. Ia merupakan pemacu klasik yang boleh membuatkan bau badan semakin teruk.

6. Jangan lakukan secara berlebihan

Menggunakan sabun akti bakteria untuk membersihkan ketiak adalah perkara yang dibolehkan. Namun jangan buat secara berlebihan kerana ia mampu membuatkan kulit menjadi kering. Penggunaan produk mengandungi alkohol juga akan menyebabkan kulit menjadi kering lalu membuatkan badan semakin berpeluh.

7. Akibat stres

Faktor stres juga boleh membuatkan badan kita berpeluh dengan banyak. Jika kamu seorang yang selalu stres dapatkanlah bantuan bagaimana untuk meringankannya. Nanti bukan sahaja jiwa kacau tapi badan pun bau boleh buat orang lain lagi jiwa kacau.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI