Kehangatan pilihanraya ke-14 semakin dirasai. Ini dapat dilihat dengan kibaran bendera dalam pelbagai saiz termasuk bersaiz gergasi untuk menarik minat mengundi. Masa yang sangat suntuk iaitu tinggal tujuh hari lagi untuk tempoh berkempen sudah cukup membuatkan calon-calon mengorbankan masa tidur mereka demi menemui pengundi di kawasan masing-masing.
Di sebalik berbagai cerita mengenai PRU ini, tentunya kita merasai kemeriahan bila mana melihat ratusan ribu bendera dipasang di seluruh negara. Lagi “panas” kawasan itu dengan kisah calon-calonnya, lebih banyak bendera dapat dilihat. Kata orang, bukan saja calonnya dilihat tetapi bendera yang mewakili parti sudah cukup membuatkan pengundi boleh berfikir pangkah yang mana.
Tapi sejauh mana kita mengetahui kisah-kisah “budak bendera” ini? Tanpa mereka, sama ada dibayar upah mahal atau sedikit, tanpa mereka, pilihanraya dalam negara cukup sepi.
Jom ketahui kisah budak bendera. Adakah mereka ini benar-benar penyokong parti, berjuang demi parti atau “budak-budak” muda yang dibayar untuk kelangsungan kehidupan mereka.
Ads
Bagi Ranizal Basiran, 33 tahun yang bertindak memasang bendera bagi Pakatan Harapan memaklumkan dia tidak menekankan berapa upah diterimanya tetapi dia melakukannya atas semangat mahu satu perubahan berlaku dalam pentadbiran negara.
“Saya lakukan atas usaha sebagai anak muda yang mahu melihat perubahan berlaku. Sebagai anak muda, ini cara kami meluahkan pendapat dan saya mengambil inisiatif menaikkan bendera harapan demi membina masa depan baru anak muda,”katanya.
Ditanya upah, kata Ranizal, ianya tidak banyak, antara RM30-RM40 bagi semalam dan kerja-kerja ini dilakukan beramai-ramai. “Selain menggunakan tangga bagi kawasan agak tinggi, biasanya kami baling botol air sebagai pemberat jika tempat itu terlalu tinggi,’ katanya memaklumkan biasanya buluh disediakan oleh wakil calon dan mereka hanya bertindak memasangnya sahaja.
Ads
Bagi Alang, dia akui agak gayat dalam suasana tinggi tetapi ia sedikitpun tidak mengubah dirinya untuk bersama-sama sebagai budak bendera. Alang dengan jujur berkata, upah diterimanya tidak tinggi tetapi lebih kepada kemeriahan. Malah katanya juga bendera biasa dipasang di tengah malam ketika kenderaan kurang demi mengelak risiko kemalangan ketika memasang.
Sementara itu Bob yang bertindak memasang bendera bagi Barisan Nasional berkata, mereka semua bukan budak bendera baru tetapi sudah lama sejak zaman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil lagi.
“Upahnya dalam RM80 semalam. Adalah kerja dalam dua jam. Masa Pru 13 dulu, memang banyak. Boleh dapat dalam RM150 seorang tetapi sekarang jumlahnya berbeza,” katanya mengakui biasanya pemasangan bendera dilakukan seramai 10 orang dalam satu kumpulan.
Ads
Dalam pada itu, seorang rakannya, Azli berkata, dia berjuang memasang bendera bukan semata-mata kerana upah tetapi kerana perjuangannya dalam parti.
“Kami semua bukan baru, sudah lama dulu lagi. Upah adakala dibahagi sama rata kerana semua sama-sama penat. Lagi pun kita suka berkumpul ramai-ramai. Memang rasa meriahnya,’ katanya mengakui menerima upah dalam kadar tersebut.
Dalam pada itu Azli memaklumkan, ada beberapa peraturan yang harus difahami oleh budak pemasang bendera.
“Pertama, kita tak boleh sesekali buang bendera atau jatuhkan bendera pesaing. Keduanya, kalau berlaku provokasi, mereka semua harus mengawal emosi. Masa yang sama, ada beberapa kawasan larangan pasang iaitu dalam rumah orang serta ada lokasi-lokasi lain iaitu depan tempat mengundi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui sedang duduk di pondok panas bersama beberapa orang kawan-kawannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita kemangkatan Alharhum Sultan Pahan Kelima pada pagi tadi amat dirasakan oleh para pelajar dan kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Menerusi kenyataan rasmi Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi universiti tersebut, mereka meluahkan rasa dukacita dan bersedih berkenaan berita kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
Untuk pengetahuan, Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah adalah Ketua Perlembagaan yang pertama UIAM sejak penubuhan UIAM pada tahun 1983. Saban tahun, Alharhum Baginda tidak pernah gagal untuk menghadiri dan merasmikan sidang konvokesyen UIAM pada hari pertamanya.
Hanya beberapa tahun kebelakangan ini atas faktor kesihatan, perasmian itu telah dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan merangkap Presiden UIAM (kini bekas, sejak perlepasan jawatan pada Januari lalu), iaitu Dr. Maszlee Malik.
Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak mewakili seluruh warga Universiti berkata, “Kami menzahirkan ucapan sembah takziah kepada keluarga Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.
“Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah adalah tonggak utama UIAM sejak dari penubuhan universiti ini dan sesungguhnya ia satu kehilangan yang amat besar untuk warga UIAM,” tuntas beliau.
Di ruangan komen pula, pelajar UIAM turut terkesan dengan berita kemangkatan ini berikutan pembabitan Alharhum Baginda secara aktif untuk universiti terbabit.
Malah, kedua-dua masjid besar di kampus Gombak dan kampus Kuantannya turut diberikan nama Masjid Sultan Ahmad Shah.
Al Fatihah
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah meragut beratus ribuu nyawa,baru-baru ini mnurut pakar perubatan, pandemik COVID-19 mungkin akan berakhir tanpa memerlukan vaksin.
Alhamdulillah….
Pakar penyakit berjangkit dari Itali, Profesor Matteo Bassetti mendakwa bahawa jangkitan itu telah berubah daripada ‘harimau agresif’ kepada ‘kucing liar’.
Profesor Bassetti yang juga merupakan ketua penyakit berjangkit di Hospital San Martino di Itali, menjelaskan bahawa COVID-19 telah kehilangan ‘taringnya’ pada bulan lalu dan pesakit yang sebelum ini dijangkiti virus itu kini telah kembali pulih.
Menurutnya lagi, kita mungkin tidak memerlukan vaksin untuk virus yang telah mengorbankan ribuan nyawa di seluruh dunia kerana ia boleh mati dengan sendirinya.
Walau bagaimanapun, dakwaan ini ini telah dipertikaikan oleh pakar perubatan lain.
“Ia seperti harimau agresif pada Mac dan April tetapi sekarang, ia seperti kucing liar.
“Malah, pesakit warga emas yang berusia antara 80 hingga 90 tahun kini menerima rawatan di hospital tanpa alat bantuan pernafasan,” jelasnya.
Tambahnya, mungkin ada beberapa penjelasan untuk keadaan ini termasuk perintah berkurung yang mengurangkan risiko orang ramai daripada terdedah kepada jangkitan tersebut.
Untuk rekod, Itali mencatatkan 49 kematian akibat COVID-19 pada hari Sabtu lepas berbanding 47 hari sebelumnya
Bagusnya, kalau kajian ini betul. Boleh la kita kembali kepada kehidupan normal seperti sebelum ni. Walaupun begitu, kita di Malaysia masih perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga selagi virus maut ini belum berakhir.
Nampaknya kedai serbaneka 7-Eleven semakin rancak dalam menghasilkan penjualan aiskrim di stor mereka kerana satu lagi perisa baru telah diperkenalkan oleh mereka iaitu, 'A Breath of Fresh Air' Vanilla Mint.
Jika sebelum ini netizen kurang senang dengan perisa Salted Egg dan Roaring Lime Ice yang dikeluarkan oleh 7-Eleven, namun dengan pengumuman perisa baru Vanilla Mint ini nampaknya sedikit sebanyak menarik perhatian mereka untuk mencuba.
Ramai yang mengeluh kerana aiskrim ini tidak dijual di serata stor seluruh Malaysia.
Namun begitu, korang boleh check sendiri antara stor terpilih yang menjual aiskrim 'A Breath of Fresh Air' Vanilla Mint di link berikut, facebook.com/notes
Rasanya semua orang sedia maklum keenakan perisa pudina dan tambah pula bila ia digabungkan dengan rasa vanila. Kami pun dapat rasakan kesegaran dan kesedapan yang bakal dirasai apabila menikmati perisa terbaru aiskrim ini.
Nah, nak komen lebih pun tak boleh sebab belum rasa. Siapa yang dah rasa tu cuba korang komen sikit, amacam onz ke tidak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam...