
Aduh, apa nak jadi ni dik?
Ketua Polis Daerah Gombak iaitu Assistant Commissioner Arifai Tarawe memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan oleh pegawai keselamatan sebuah sekolah menengah di Rawang yang disyakai telah diceroboh masuk.
Pengawal keselamatan tersebut menemui pagar jeriji dan pintu koperasi sekolah terbuka ketika melakukan rondaan sekitar jam 12 tengah malam, Isnin lalu.
Lalu apabila menerima maklumat tersebut, sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Kundang telah melakukan serbuan dan akhirnya Berjaya menahan 3 orang pelajar sekolah berusia antara 14 hingga 16 tahun di sekitar Rawang, awal pagi tadi.
Mereka disyaki memecah masuk ke koperasi dan mencuri wang tunai sebanyak RM3,000.
Kesemua suspek direman selama 4 hari sehingga 28 Mac kelak untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.
*
Kerajaan perintah orang awam untuk duduk di rumah, dia pergi mencuri pula. Cubalah buat benda yang berfaedah sedikit, seperti rider makanan ini.
Topeng Muka Dan Sanitasi Tangan Secara Percuma Untuk Rider Makanan Mulai Esok!
“Imagine That The Astronaut Is Your Delivery Man,” Netizen Teruja Dr Sheikh Muszaphar Jadi Rider Hantar Makanan


Baru-baru ini menerusi Instagram miliknya ,satu kongsian yang telah dibuat oleh angkasawan pertama Malaysia, tak lain dan tak bukan Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang telah menjadi perhatian netizen semua.
Foto yang dikongsi itu adalah dirinya sebagai “rider” untuk menghantar makanan daripada restoran yang diusahakan bersama dengan Chef Ismail, Restoran Rebung.
View this post on InstagramA post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Angkasawan negara tidak kekok untuk berkongsi usahanya dengan netizen sepanjang tempoh PKP ini. Menurut Dr Muszaphar restorannya itu baru sahaja bermula beroperasi kembali setelah lama tutup disebabkan oleh PKP dan dia mengambil peluang ini untuk membuat penghantaran tempahan peminat di sekitar Kuala Lumpur dan sekitar.
Restoran Rebung itu adalah salah satu usahanya yang bermula sejak daripada tahun 2003 sampai ke hari ini. Kejayaan Dr Muszaphar bukan sahaja seorang angkasawan pertama negara tetapi malah pengusaha restoran daripada tempat biasa sehingga ke hari ini restoran yang sangat besar.
Beliau yang meminati makanan turut berkongsi kisah bagaimana mula menceburi bidang bersama Chef Ismail sejak 2003 lagi dan kenangan pergi ke pasar borong seawal 4 pagi.
Rata-rata netizen teruja dan terinspirasi dengan sikap angkasawan negara kita ini.
Tidak kira siapapun kita, selagi mempunyai kudrat kita mesti berusaha keras untuk melangsungkan kehidupan seharian dan mengubah nasib diri kita dan keluarga kerana setiap yang berusaha itu pasti mempunyai hasil kemudian hari, termasuklah usaha berdoa kepada Allah siang dan malam tanpa jemu. InsyaAllah.
Sumber : Dr Sheikh Muszaphar
Kerajaan Beri Baucar e-Rebat RM200 Bagi Pembelian Barangan Elektrik di Shopee

Sebelum ini di pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah memperkenalkan program SAVE 2.0 yang membabitkan pemberian e-Rebat Rm200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan.
Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan bagi program terbabit dan dijangka bakal memanfaatkan 140,000 isi rumah.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, program ini diperkenalkan dalam usaha kerajaan memulihara alam sekitar.
Program SAVE 2.0 ini adalah sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Ia merupakan usahasama bersama Shopee.
Ha, maksudnya korang hanya boleh menggunakan baucar ini untuk membeli penyaman udara dan peti sejuk sahaja di Shopee.
Tapi, tak kisahlah kan. Rezeki juga ni. hiks!
Walau bagaimanapun, ada syarat yang telah ditetapkan dan antaranya adalah seperti berikut:
• Warganegara Malaysia
• Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utility elektrik seperti TNB, SESB, SEB
• Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5 Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021
• 1 akaun bil, 1 akaun e-Rebat dan first come, first serve basis

Kuota e-Rebat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kuota untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk mengimbangi jumlah pengguna di kawasan strategik seperti di Lembah Klang dan bandar-bandar besar yang mempunyai kuasa membeli lebih besar berbanding kawasan luar bandar.
Nah, apa kata korang daftar dulu disini, dan mana tahu ada rezeki kan?
Berbaloi juga bantuan ni. RM200 tu besar jumlahnya. Semoga dengan program yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Malaysia dapat membeli keperluan di rumah.
Sumber: Berita Harian, Shopee
Pelajar Asasi Sains Panjat & Tidur Atas Pokok Demi Jawab Exam Online

Kesan pandemic COVID-19 tidak hanya menjejaskan mereka di alam pekerjaan tetapi juga kalangan pelajar universiti apabila kelas diadakan secara online.
Jika tinggal di kawasan bandar, liputan pasti tiada masalah tetapi cabaran mendapatkan capaian internet ini pasti susah buat mereka yang tinggal jauh dan susah mendapat liputan.
Namun tiada yang mustahil asal ingin berusaha seperti dibuktikan oleh seorang pelajar asasi sains Vebeonah Mosibin, 18 yang perlu memanjat dan tidur di atas pokok semata-mata untuk mendapat liputan internet untuk menjawap exam onlinenya.
Laporan Sinar Harian, masalah liputan jalur lebar yang terhad tidak mematahkan semangat seorang pelajar Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah yang sanggup tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian.
Veveonah Mosibin, 18, pelajar jurusan Asasi Sains memuat naik video pengalaman dilaluinya menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk 24 Hours On Tree | Challenge (Cabaran 24 jam atas pokok).
Video berdurasi 11 minit 21 saat itu memaparkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet yang 'kuat' sepanjang peperiksaan (dalam talian) berlangsung pada 9 Jun lalu.
Dalam video tersebut, pelajar itu mendedahkan, dia terfikir untuk melakukan cabaran itu setelah sebuah pondok yang dibina di atas bukit bagi tujuan persediaan menghadapi peperiksaan rosak dipercayai akibat cuaca buruk.
"Sebelum ini saya telah bina pondok sebagai seperti video yang saya muat naik sebelum ini namun pagi ini (9 Jun), saya lihat ia telah rosak kerana saya sudah lama tidak datang, sudah berminggu-minggu kerana banyak kerja. Kerja di ladang, menoreh getah dan tolong ibu bapa.
Pondok yang dibina atas bukit oleh Veveonah sebagai persediaan menjawab peperiksaan rosak akibat ribut menyebabkan pelajar itu terpaksa memanjat pokok.
"Jadi saya tidak tahu keadaan pondok itu. Bila saya datang rupanya sudah rosak," katanya dalam video tersebut.
Berbekalkan kelambu, telefon bimbit, pengecas mudah alih (power bank), sebotol air dan beberapa bungkus nasi serta peralatan untuk menjawab peperiksaan, Veveonah berada di atas pokok tersebut dalam tempoh 24 jam dari jam 7.30 pagi.
Pelajar itu mengambil peperiksaan bagi subjek Kimia sebelah pagi dan subjek Pengajian Malaysia pada sebelah petang.

Ketika berada di atas pokok itu, Veveonah juga terpaksa berdepan detik cemas apabila seekor tebuan tanah bersaiz besar tersesat masuk ke dalam kelambunya.
Veveonah berada dalam kelambu atas pokok pada waktu malam dengan berbekalkan lampu telefon bimbit.
"Agaknya tebuan ini tersesat. Ni kalau menggigit ni, memang sakit," kata Veveonah yang membuka kelambu bagi menghalau serangga itu keluar.
Selesai menduduki peperiksaan pada sebelah petang, Veveonah tidak pulang sebaliknya kekal berada di atas pokok untuk tidur dan pulang keesokan paginya.
Pelajar ini mula aktif sebagai 'YouTuber' sejak April lalu dan terdapat empat lagi video lain yang dimuat naik sejak sebulan lalu yang memaparkan perkongsian teknik cara hidup tradisional.