Berita penutupan stor fesyen seperti Esprit dan khabar angin yang mengatakan stor ZARA turut terkesan disebabkan tempoh kuarantin di seluruh dunia telah mengecewakan ramai peminat fesyen.
ARTIKEL BERKAITAN : Beralih Ke Online, Stor ZARA Akan Ditutup
Di mana lagi kita nak shopping, guys??
Apapun, tidak semua stor berdepan dengan isu tersebut. Malah ada beberapa stor yang masih melakukan promosi jualan dan juga melancarkan koleksi terbaru.
Jom tengok di mana harus kita shopping pada minggu ini.
01
GUESS
Di bawah kelolaan FJ Benjamin, barangan Guess kini boleh dimiliki secara online di laman web mereka yang baru dilancarkan.
www.guess.my menawarkan hampir kesemua item fesyen yang boleh korang temui di stor fizikal Guess semudah satu klik saja.
Sempena pelancaran Guess Online ini, mereka sedang menawarkan diskaun RM100 untuk semua barangan di laman web tersebut dengan belian minimum bernilai RM300 ke atas. Gunakan kod promo GUESS100 dari sekarang hingga 21 Jun ini.
02
H&M
Bermula sekarang hingga 3 Ogos ini, nikmati diskaun sehingga 50 peratus di stor H&M seluruh negara. Inilah masanya untuk korang stock-up pakaian basic yang baru. Tinjauan penulis di stor H&M mendapati masih banyak saiz yang boleh dimiliki.
Tambahan pula, ada baju hoodie, kemeja, skirt dan baju T semurah RM15 dijual.
Jadi pastikan korang cepat-cepat rebut okay.
03
UNIQLO
Gotta catch ‘em all!
Betul tu, kamu harus cuba untuk memiliki kesemuanya! Walaupun UNIQLO tidak menyediakan promosi seperti dua lagi jenama yang disebutkan di atas, namun mereka giat mengeluarkan koleksi Uniqlo T-shirt selang beberapa minggu. Aktif sangat dan langsung tidak terganggu dengan keadaan ekonomi.
Hari ini merupakan hari pelancaran koleksi Daniel Arsham x Pokemon UT yang hangat diperkatakan. Baju T yang ditawarkan memaparkan lukisan dan arca Pokemon yang dihasilkan oleh Daniel.
Dijual pada harga RM59.90 (lelaki dan perempuan) dan RM39.90 (kanak-kanak), penulis pasti ia akan sold out dengan pantas.