Jika kita menyingkap semula kisah hidup pelakon terkenal negara seberang ini, pastinya agak berat dugaan buat si dia apabila terpaksa berjauhan bersama keluarga tercinta ekoran dimasukkan ke pusat pemulihan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Siapa tidak kenal, aktres cantik, Nia Ramadhani ini. Terbaharu, pelakon sinetron popular Bawang Merah Bawang Putih itu tampil dengan novel berjudul ‘Cerita Ade’. Nia mencurahkan segala pengalaman dari kecil sehingga saat menempuh jatuh bangun hidupnya.
Menurut laporan Liputan6, pelakon berkenaan berkongsi momen sewaktu dan selepas dirinya ditangkap pihak polis. Tambah Nia, dia tidak boleh berhenti menyalahkan diri sendiri atas perlakuan yang tidak baik selama ini. Malah, hampir dua bulan dia menangis dan mengutuk diri sendiri sebaik sahaja terkenang peristiwa hitam itu.
“Saya berada di sana selama 10 bulan. Tetapi, saya menutup diri. Saya belajar selama kira-kira dua bulan setengah. Itu yang membuatkan saya menangis dan bercakap dengan diri sendiri. Ya itulah, kita memang harus melaluinya.
“Inilah perjalanan watak Ade sejak kecil hingga dewasa, banyak pengajaran yang boleh diambil bukan sahaja dari kebaikan namun dari kesilapan yang dilakukan, mungkin kita boleh belajar,” katanya.
Sekadar informasi, ‘Ade’ ialah nama panggilan Nia Ramadhani di kalangan keluarganya. Sehubungai itu, pelakon tinggi lampai itu turut menyifatkan banyak pengajaran yang dapat diambil daripada ‘kemelut’ yang pernah diharunginya, bukan sahaja buat dirinya namun juga untuk masyarakat.
Ads
“Ini kerana, ketika saya direhabilitasi dan di akhir penulisan saya berada di pusat pemulihan, kejadian ini sangat besar buat saya. Telah banyak pengajaran yang saya belajar untuk diri sendiri. Jadi, kenapa tidak jika ada peluang untuk saya berkongsi kisah ini dengan orang ramai.
“Selepas apa yang berlaku kepada saya tahun lalu, keutamaan saya bukan lagi untuk dunia, tetapi keutamaan saya adalah untuk reda Allah.
Ads
“Allah beri ujian, bukan cinta semata-mata, namun pastu ada hikmah disebaliknya. Kemungkinan Allah beri saya peluang untuk berkongsi cerita kepada orang lain,” ujarnya panjang.
Menerusi karya ini, Nia turut dibantu oleh penulis Pidi Baiq sebagai penyunting novel. Dia berkesempatan menzahirkan rasa kagum buat pelakon tersebut selain mengatakan kisah yang terbuku dalam novel itu sememangnya layak untuk dijadikan sebuah filem.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Instagram kini dalam proses untuk mengharamkan sebarang konten iklan yang ditaja oleh syarikat vape.
Trend yang merisaukan instagram adalah sasaran syarikat vape ini adalah golongan muda yang tidak merokok.
Instagram turut memantau promosi produk menguruskan badan dan alkohol yang boleh memberikan kemudaratan.
Ia termaktub melalui ciri Branded Content, iaitu platform yang memudahkan sesuatu perkongsian dilabelkan sebagai berbayar. Perubahan baharu dalam corak pengiklanan ini akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Instagram Halang Vape Dan Rokok
Ada syarikat yang menggunakan selebriti terkemukan seperti Lily Allen.
Instagram sudah mengeluarkan amaran bahawa vape kini disenarai sebagai barang yang dilarang untuk dipromosi menerusi platform mereka selain daripada produk tembakau dan senjata api.
Polisi baharu itu telah membuatkan Instagram mulai mengesan dan memadam konten yang mempromosi vape bermula minggu depan.
Syarikat vape banyak yang menggunakan platform instagram untuk mempromosikan produk mereka.
Dasar terbaru IG ini pasti memberikan kesan kepada beberapa syarikat vaping besar termasuk
Jadi selepas ini, para influencers di IG hati-hati okay kalau nak promosi produk-produk seperti ini.
Spekulasi mengenai hubungan rapat penyanyi berbakat besar, Shila Amzah dan pempengaruh, Ubaidillah akhirnya terjawab apabila mereka tampil memberi penjelasan menerusi sesi siaran langsung di akaun TikTok milik jejaka itu.
Ubaidillah yang lebih mesra disapa Ubai Mz mengakui bahawa mula menyukai penyanyi lagu Memori Tercipta itu sejak dibangku sekolah lagi iaitu semasa berumur 13 tahun, sebagai seorang peminat.
Namun, jejaka yang kini sudah berusia 25 tahun itu mula mendekati bintang itu ketika berada dalam fasa yang lemah akibat daripada penceraian perkahwinan terdahulu.
“Saya suka dekat si Shahila ini daripada saya tingkatan 1 pada 2011, selepas itu saya mengikut Kak Sha (Shila Amzah) di Twitter. Dipendekkan cerita, saya mula mendekati Shahila pada waktu dia berada di fasa yang sangat-sangat bawah.
“Masa itu dia baru lepas bercerai dan dia tiada siapa-siapa waktu itu, dia live TikTok dia nangis. Saya macam budak ini sakit ini dan saya mendekati dia dan ada untuk dia waktu dia susah, sedih semua. Saya tenangkan dia,” katanya.
Selain itu, Shila juga menjelaskan bahawa hubungannya bersama hos rancangan Borak Dulu Baru Kamu itu direstui ahli keluarga.
“Parents saya semua okey sahaja dengan dia, adik beradik saya semua okey dan korang jangan cakap tak direstui ke apa benda sebab yang sebelum-sebelum itu mungkin ada sebabnya kalau orang tak suka kan?
“Tapi this time around saya boleh buat keputusan sendiri jadi jangan risau,” dedah penyanyi itu.
Mengenai perbezaan jarak umur pula, Shila akui ia bukanlah suatu faktor penting yang perlu dilihat dalam sesebuah perhubungan.
“Sebenarnya disebabkan Ubai muda, tapi my ex pun muda juga, jadi saya pun macam okaylah mungkin bukan faktor umur dan saya pernah cuba dengan seseorang yang lebih tua tapi tak boleh.
“Dah lama dah selesa dengan Ubai semua selepas itu tak tahu pada satu hari sesuatu terjadi yang menyebabkan saya terfikir. Alkisahnya, cinta bermula dengan skuter. So itulah dia dan doakan yang baik-baik,” tuturnya lagi.
Sekadar informasi, juara program The Masked Singer Malaysia 2 itu bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pemilik nama Engku Aleesya Engku Emran hangat diperkatakan sejak Jumaat minggu lalu setelah remaja yang bakal menginjak ke usia 12 tahun itu menghadiri majlis pernikahan ayahnya, Engku Emran Zainal Abidin, 46 kepada Noor Nabila, 37.
Aleesya yang hadir bagi memberikan sokongan kepada bapanya itu kelihatan cukup poise dan tenang pada sesi pernikahan dan mengambil gambar sepanjang majlis tersebut sehinggakan warganet memuji kematangannya.
Peluang untuk bertemu Erra Fazira semalam di majlis pengenalan duta pelitup muka Himaya telah diambil oleh REMAJA untuk bertanyakan kepada primadona filem Melayu itu sendiri mengenai Aleesya dan bagaimana anak daranya itu mampu berdepan dengan ‘situasinya’ kini.
Selain menyifatkan Aleesya gembira dan teruja untuk kini bergelar kakak dan mempunyai seorang adik tiri (Jebat Jayden), Erra juga mengakui sisi matang yang dimiliki oleh Aleesya.
“Saya dengan Aleesya berbicara seperti orang dewasa. Ada masanya, dia manja. Tapi kebiasaannya, jika saya perlu jelaskan sesuatu kepadanya dengan fakta dan contoh, minda Aleesya memang terbuka untuk menerima.
“Saya selalu bercerita dengannya tentang kehidupan. (Bila sudah) dewasa nanti, apakah expectation kita. Saya selalu ingatkannya walau secantik manapun seseorang itu, jika perangainya tidak elok, orang di sekeliling tidak akan suka juga.
“Sedikit sebanyak, Alhamdulillah adalah sedikit pesanan saya yang ‘diserap’ olehnya. Mungkin juga situasinya kini membuatkannya lebih matang. Bila dia dengan bapanya (selama empat hari seminggu), pembawakannya lain. Bila dia dengan saya, lain pembawakannya. Sama saja seperti remaja lain,” kata beliau yang melahirkan Aleesya pada tahun 2009.
Sudah tentu apabila usia seorang anak dara meniti ke zaman remaja, lebih banyak cabaran yang akan dihadapi oleh si ibu dan Erra tidak terkecuali. Jelasnya, dia selalu mengingatkan diri bahawa dia juga tidak sempurna dan dahulu perlu belajar daripada pengalaman sendiri.
“Kami sama-sama banyakkan membaca untuk kami menjadi insan yang lebih baik. Masa saya pun terhad dengannya. Dalam tiga hari seminggu itulah saya nak mengajar, mendidik, nak marah, nak bermanja dengannya. Jadi saya enggan mengambil remeh mengenai apa-apa perkara berkaitan Aleesya.”
Dalam majlis yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara itu, Erra telah dilantik sebagai duta pelitup muka Himaya bersama penyanyi, Wany Hasrita.
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...