Unik, comel & istimewa hanya untuk korang!
Begitulah kriteria yang tepat bagi menggambarkan koleksi barangan ekslusif KFCxUjangxPMC yang bakal dilancarkan semula oleh KFC Malaysia, September ini.
Koleksi Aku Budak KEPCI ini pada awalnya telahpun menemui orang ramai sekitar bulan Julai 2023 dan seperti yang dijangka, pelancaran tersebut telahpun mendapat sambutan hangat! Mana tidaknya, ia merupakan satu kolaborasi khas di antara restoran KFC; kartunis terkenal Malaysia, Ujang dan jenama pakaian tempatan, PMC (atau Pestle & Mortar Clothing) yang jarang-jarang sekali berlaku.
Khabarnya, ramai yang kecewa kerana tidak berkesempatan untuk menghadiri acara Kentucky Town di Sunway Pyramid, Julai lalu bagi mendapatkan koleksi ini.
Namun kini, korang yang terlepas peluang tersebut bolehlah mengubati kekecewaan masing-masing apabila ia
sekali lagi akan menemui orang ramai di cawangan KFC seluruh negara.Ia menampilkan Topi Dua Gaya KEPCI (reversible bucket hat) dan Pin Enamel Zink Bersalut Emas 24K yang hanya boleh dibeli melalui cawangan KFC di kesemua 14 buah negeri.
Jika korang merupakan pengikut pempengaruh terkenal seperti Ucop aka Yusof Hashim, Qistina Raisah dan Chubb-E; mesti korang perasan beberapa muat naik yang mereka lakukan baru-baru ini dengan memakai topi dan pin enamel daripada KFC ini.
Meninjau bahagian komentar di Instagram mereka, ramai betul yang bertanyakan mana nak dapatkannya. Iyalah, takut pisang berbuah dua kali dan kempunan nak beli sekali lagi!
Aduh! Mencabar iman betul, nakkk..
Bak kata Qistina, stok terhad! So, kena pantas sambar.
Yang istimewanya adalah..
Topi Dua Gaya KEPCI menampilkan lakaran karakter daripada kartun Ujang berserta logo KFC serta PMC.
Apa yang membuatkan ia berbaloi untuk dimiliki pada harga RM29.90 (sahaja!) adalah kerana ia boleh diterbalikkan agar korang mampu menggayakannya dalam dua gaya berbeza mengikut mood serta stail pada hari tersebut.
Sementara itu, Pin Enamel Zin Bersalut Emas 24K ini pula hanya dijual pada harga RM15 dan ia menampilkan karakter daripada kartun Ujang yang sedang memakai bandana serta cermin mata gelap sambil memikul KFC Bucket. Serius comel!
Jadi apa tunggu lagi? Sementara stok masih ada, dapatkan barangan eksklusif ini di cawangan KFC berhampiran korang. Jika tidak, menyesal tak sudah jadinya nanti.
Untuk makluman lanjut, KLIK ke KFC App Malaysia ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Ogos & Oktober Tak Akan Bosan Bila KEPCI Music Fest Turun Padang Ke 3 Negeri Ini, Senang Betul Nak Dapatkan Tiket! – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.