Berita

Khai Bahar Nafi Dakwaan Terlibat Dengan Parti Liar

Share

Nama baik penyanyi berbakat besar, Khai Bahar kian menjadi sebutan selepas didakwa terlibat dengan parti liar.

Menyelar dakwaan tersebut, penyanyi lagu popular luluh itu tampil menafikan perkara berkenaan.

Jelasnya, dia dan juga rakan-rakan hanya pergi ke pusat karaoke dan bukannya berparti di kelab malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Aqil Tumpang Gembira Lihat Adik Bahagia -“Imran Memang Layak Untuk Ada Puteri Dalam Hidupnya”

“Saya tak kata saya seorang yang baik, saya tak ambil kisah apa benda yang kawan nak buat. Saya jumpa kawan-kawan untuk sambut hari jadi, makan-makan.Kadang-kadang bila lepak dengan kawan-kawan pergi karaoke itu ini.

“Padahal karaoke itu biasalah tutup lampu. Macam bilik ‘VIP’ pasti dihidangkan snek, air berkarbonat dan sebagainya. Karaoke sahaja dakwaan parti itu tidak benar. Pandangan orang tengok karaoke itu lain-lain.

“Saya rasa benda itu sekadar nak hiburkan diri sendiri sebelum mak saya sakit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pelancaran lagu baharunya Bawa Hatiku Bersama Kamu terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan edaran Indigital Music.

Dalam pada itu, Khai turut memutuskan untuk kurang keluar dan berhenti melepak bersama kawan-kawannya demi menghormati ibunya yang jatuh sakit pada awal 2022.

“Selepas emak sakit, saya terus berhenti pergi karaoke dan lepak dan fokus kepada mak yang sakit. Saya tak pergi sana sini. Sebab benda itu melalaikan saya untuk melupakan mak saya.

“Saya beritahu mereka kalau nak jumpa atau karaoke datang ke rumah, kita boleh lepak rumah. Bilik saya besar dan ada kelengkapan. Rumah saya ada keluarga iaitu abang, adik dan kakak saya,” ujarnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Khai Bahar

Published by
Fath