
Sebelum ini viral coklat ‘kayangan’ jenama Royce yang dikatakan sangat sedap terutamanya bagi peminat coklat. Royce’ Chocolate merupakan dessert coklat yang berasal dari Jepun. Jika anda pernah makan coklat ini, anda mesti setuju bahawa rasanya memang sedap dan cair di mulut.
BACA: Resipi Kek Batik Indulgence Edisi Premium, Buat Sendiri Lebih Puas Hati
Sebenarnya coklat ini boleh dibuat sendiri di rumah dengan kos yang jauh lebih berpatutan.
Segmen 30 Hari 30 Menu Khairul Aming yang dikeluarkan setiap tahun untuk menyajikan konten masak di Instagram pada bulan Ramadan bagaimanapun telah mengejutkan orang ramai apabila pada puasa ke-14, KA memuat naik sebuah video resepi coklat premium ala ROYCE!
Resepi coklat ala ROYCE ini menurutnya sesuai disajikan selepas waktu berbuka puasa. Masa moreh pun nice juga.
Ada yang nak try buat? Jom lihat resepi dan cara membuatnya di bawah:
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1.5 cawan whipping cream
- 50g unsalted butter
- 350g bittersweet chocolate
- coco powder
Paling menarik, selepas dimuat naik kurang 24 jam di media sosial, ada pengguna Twitter sudahpun berjaya membuatnya! Jadi pula tu.
Mudah sahaja kan? Selepas ini tak perlu beli lagi, buat sahaja di rumah lebih menjimatkan. Selamat mencuba!
BACA: Hanya Guna 4 Bahan, Ini Resipi Aiskrim Roll Oreo Yang Mudah Disediakan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pemandu Malaysia Langgar Tiada Lesen Memandu Khas, Perlu Bayar RM6764 Kepada Setiap Mangsa

Isu pemandu Malaysia yang melanggar mati lima pemotong rumput semasa dalam percutian dari Krabi ke Hatyai memasuki episod baru apabila polis Thai mendenda pemandu ini sebanyak RM28 atau 200 bath kerana memandu tanpa lesen khas di negara tersebut.
Dalam kemalangan tragis yang menimbulkan kemarahan di kalangan netizen, lima mangsa maut di tempat kejadian dikenali sebagai Chaikaew, 53; Witchaya Thongma, 51; Somporn Sawatdiraksa, 54; Theerawut Mongkhol, 37; dan Wirat Semkhai, 34, manakala seorang iaitu Bamreur Ketmoon, 56, dilaporkan parah. Biarpun mendakwa stereng keretanya terkunci secara autolock namun ramai berpendapat, jika pemanduan tidak dilakukan dengan terlalu laju, kecederaan parah termasuk bahagian kepala mangsa yang pecah tidak akan terjadi.


BERNAMA hari ini melaporkan pemandu Malaysia yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan lima orang pemotong rumput di Songkhla, Selatan Thailand didapati telah memandu tanpa lesen yang sah.
Wanita berusia 30 tahun itu didakwa memandu dengan cuai mengakibatkan kematian dan kerosakan harta awam.
Pemandu itu menghadapi hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak lebih 20,000 baht (RM2,721), jika sabit kesalahan. Polis Thai bersetuju mengurangkan ikat jamin daripada 500,000 baht (RM 68,000) kepada 200,000 (RM27,000).
Bagaimanapun, wanita itu dilarang meninggalkan negara ini sehingga kesnya selesai.
Di samping itu, beliau perlu membayar sagu hati wang tunai 50,000 baht (RM 6,764) masing-masing kepada keluarga mangsa berjumlah 250,000 baht (RM33,823).
Beliau juga dikenakan denda 200 baht (RM28) kerana memandu tanpa lesen sah.
Semalam REMAJA menyiarkan artikel keluarganya meminta bantuan rakyat Malaysia untuk dana sebanyak RM60,000 kerana mendakwa stereng keretanya terkunci secara automatik. Malah REMAJA turut membuat carian mengapa stereng boleh terkunci secara auto.
BACA SINI. Stereng Kereta Terlock Automatik. Adik Pemandu Langgar 5 Pemotong Rumput Kongsi Kisah Sebenar
Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata kedutaan akan memantau kes itu dari dekat.
“Kedutaan akan memberi bantuan sewajarnya yang diperlukan,” katanya kepada Bernama.
Semalam, wanita itu dan dua rakannya sedang dalam perjalanan dari Krabi ke Hatyai, Songkhla sebelum kereta yang mereka naiki melanggar lima pemotong rumput yang sedang berehat di tepi Jalan Asia, Daerah Rattaphum, Songkhla.
— BERNAMA
Selepas Song-Song Couple, Giliran Pasangan Ku Hye Sun Dan Ahn Jae Hyun Pula Bercerai

Pelakon, Ku Hye Sun mendedahkan perbualan Kakaotalk bersama suaminya, Ahn Jae Hyun yang menunjukkan bahawa mereka berdua bersetuju untuk bercerai.
Dalam perbualan tersebut juga melihatkan bahawa Ahn Jae Hyun yang inginkan perpisahan tersebut. Oleh itu, Ku Hye Sun meminta agar suaminya itu berjumpa dengan ibu mertuanya untuk menerangkan tentang perpisahan tersebut.
Namun, pelakon drama Cinderella And Four Knights itu mengatakan bahawa dia sibuk dan akan bertemu dengan ibu mertuanya selepas perpisahan mereka sah. Itu membuatkan Ku Hye Sun berang dan menuduh suaminya itu melebihkan karier daripada kehidupan peribadinya itu.
Bagaimanapun, Ku Hye Sun kemudiannya memadam foto tersebut di laman Instagramnya.
Agensi Sahkan
Sementera itu, agensi kedua-dua pasangan tersebut iaitu HB Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi seterusnya mengesahkan perkara tersebut.
“Hello, kami HB Entertainment ingin memberikan penjelasan berkaitan dengan dua actor di bawah agensi kami iaitu Ku Hye Sun dan suaminya, Ahn Jae Hyun.
“Walaupun ramai yang mendoakan kebahagian berpanjangan buat pasangan tersebut namun kedua-duanya kini sudah tidak sehaluan dan bersetuju untuk berpisah.
“Sebagai agensi yang bertanggungjawab keatas mereka, kami hanya inginkan yang terbaik buat mereka berdua. Kalau ikut perancangan asal, mereka bersetuju untuk memfailkan penceraian meraka bulan ini dan bercerai secara sah pada September depan.
“Malah, Ku Hye Sun sendiri sudah menyediakan draf kenyataan media untuk dikongsi kepada umum. Bagaimanapun, dengan berita yang tersebar pagi tadi (semalam) amat mengejutkan kami semua terutama apabila perkongsiannya itu menggambarkan seperti dia tidak mahu bercerai.
“Namun kami menghormati kehidupan peribadinya. Oleh itu, kami mengharapkan bahawa kedua-duanya okay dan kami juga memohon maaf kepada mereka yang turut terluka dan risau dengan berita ini,” tulis kenyataan tersebut.
Kontrak Eksklusif Ku Hye Sun Dengan HB Entertainment Batal?
Dalam pada itu, Ku Hye Sun bagaimanapun sekali lagi bersuara menolak kenyataan yang dikeluarkan agensinya itu. Malah, dia juga turut menuduh bahawa suaminya memburuk-burukkan dirinya kepada ketua pegawai eksekutif agensi tersebut.
Itu membuatkan khabar angin tersebar bahawa kontrak eksklusif Ku Hye Sun dengan agensi tersebut telah ditamatkan serta-merta.
Malah, ketiadaan foto Ku Hye Sun di laman web rasmi agensi tersebut menguatkan lagi andaian netizen.
Susulan itu, wakil agensi tersebut tampil menafikan perkara tersebut.
“Khabar angin itu tidak benar. Kontrak kami masih lagi ada. Kami tidak memadam profil Ku Hye Sun dari laman web agensi kami.
“Sebenarnya, laman web tersebut sudah setahun tidak diupdate, Ku Hye Sun sah menyertai HB Entertainment pada Jun lalu. Sebab itu, dia tiada dalam laman web itu,” jelas wakil tersebut.
Hubungan Berantakan Awal Tahun Ini
Rakan rapat pasangan tersebut mendedahkan bahawa hubungan Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun mula goyah, awal tahun ini.
“Hujung tahun lalu, mereka masih lagi sweet antara satu sama lain, Cuma awal tahun ini, mereka dah mula jauh. Keadaan makin teruk bila Ku Hye Sun menyertai agensi Ahn Jae Hyun pada Jun lalu,” kongsi individu tersebut.
Untuk pengetahuan, pasangan tersebut bertemu ketika sama-sama berlakon dalam drama Blood dan berkahwin pada tahun 2016 lalu.
Ramai yang menyukai pasangan tersebut kerana kedua-duanya sangat sweet terhadap satu sama lain. Itu membuatkan netizen terkejut dengan berita ini.
Setakat ini, pihak Ahn Jae Hyun mengambil langkah berdiam diri dan tidak memberikan apa-apa kenyataan rasmi dan hanya menggunakan agensi sebagai orang tengah.
Sumber: Soompi
Kubur Bukan Tempat Berseronok Tapi Ingati Kematian, Hukum Makruh Bergambar Di Sana – Ustaz

Sejak semalam tular di media sosial remaja wanita menggayakan pakaian tradisional di tanah perkuburan dipercayai milik bangsa lain.
Tidak pasti adakah sengaja memilih untuk viral atau kurangnya pengetahuan bab-bab hukum bergambar di tanah perkuburan, dapat dilihat gadis-gadis remaja selamba bergaya dengan pose masing-masing.
Carian REMAJA berdasarkan pemilik butik dinyatakan, akaun tersebut sudah diprivatekan namun gambar-gambar yang dikatakan sudah dipadamkan mula bersepah di twitter sekaligus netizen memberikan komen mengecam tindakan pemilik butik berkenaan mengadakan sesi penggambaran di tanah perkuburan.
Di sebalik kisah tular ini, REMAJA mendapatkan pandangan dari ahli agama, penceramah terkenal, Ustaz MK Azman mengenai isu berkenaan. Apa hukumnya bergambar di tanah perkuburan dan apa perlu dilakukan jika sudah melakukan perbuatan sebegini?.
“Melakukan perkara yang sia-sia adalah satu perbuatan tidak disukai Allah taala. Jika tiada manfaat pada diri kita dan juga masyarakat, adalah lebih baik kita menghindarinya sejauh mungkin,” katanya memaklumkan hukum bergambar di tanah perkuburan adalah MAKRUH.
“Makruh adalah amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang kalau ditinggalkan akan mendapat pahala (jika melakukanya kerana Allah) namun tidak berdosa jika dilakukannya.
“Dari satu sudut, kita sebagai umat Islam dilarang untuk meniru atau menyerupai agama lain kerana perbuatan tersebut boleh menjadi dosa,” katanya ketika dihubungi.
Kubur bukan tempat berseronok, ia tempat memperingati kematian
Di sebalik gambaran sepi yang sering dikaitkan dengan tanah perkuburan, Ustaz MK Azman menjelaskan tanah perkuburan bukanlah tempat untuk bersenonok.
“Ia sebagai tempat kita muhasabah diri bahawa satu hari nanti kita juga akan mati dan akan merasai kesunyian ini. Sebab itu tanah perkuburan bukan tempat untuk seronok atau bergambar sakan,” katannya lagi.
Apa perlu dibuat jika sudah melakukan kesilapan begini?
Menjelaskan tindakan apa perlu dibuat dalam hal ini, kata Ustaz MK Azman, seharusnya sesiapa yang melakukan kesilapan bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sia-sia ini. Elakkan mencari pendapatan dengan cara begini kerana ia sia-sia. Bumi Allah taala ini masih luas dan seharusnya kita bijak membuat keputusan dan mencari ilmu jika menyedari ada kekurangan pada diri,” katanya sambil menjelaskan tindakan bergambar di kubur ini juga apatah dilakukan di tanah perkuburan bangsa lain boleh memberikan tanggapan negetif bangsa lain mengenai Islam.
Korang bacalah komen netizen mengena isu nie
.