Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mendedahkan bahawa dirinya sudah semakin pulih dan sihat selepas dikejarkan ke hospital apabila keadaan kesihatannya kurang sihat sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik (BOB) di Kelantan baru-baru ini.

Malah, pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman (32) itu juga memaklumkan sudahpun mendaftar keluar dari wad.

Sebelum ini, ramai pengikutnya di media sosial hanya mengetahui tentang jangkitan bakteria tetapi akhirnya usahawan kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu berkongsi dengan lebih spesifik mikro-organisma yang menjadi penyebab kepada cirit-birit luar biasa dihadapinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Rebah Selepas Selesai Misi Bantuan Banjir

Khairul Aming Kembali Sihat Selepas Terkena Jangkitan, Ini Info Penting Tentang E. Coli Yang Anda Perlu Cakna
Kredit: Tiktok Azfar Heri

Ujarnya menerusi perkongsian di aplikasi X, beliau terkena jangkitan bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli atau lebih dikenali sebagai E. coli ketika melakukan misi bantuan banjir.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Pasaraya Mydin Benarkan Khairul Aming Ambil Seberapa Banyak Barang Bagi Membantu Mangsa Banjir

Khairul Aming Kembali Sihat Selepas Terkena Jangkitan, Ini Info Penting Tentang E. Coli Yang Anda Perlu Cakna
Kredit: Khairul Aming
Khairul Aming Kembali Sihat Selepas Terkena Jangkitan, Ini Info Penting Tentang E. Coli Yang Anda Perlu Cakna
Khairul Aming Bersama Sukarelawan Misi BOB

Akibat daripada jangkitan itu, Khairul Aming mengalami cirit-birit yang teruk selama lima hari sehingga tubuhnya mengalami dehidrasi atau kurang air.

“Baru lepas discharged from hospital. Long story short, terkena jangkitan E. coli masa buat bantuan banjir last week”

“Severe diarrhea for five days sampai dehydrated badan. Now Alhamdulillah sudah fully recovered and back to work,” kongsinya.

Ads

Khairul Aming Kembali Sihat Selepas Terkena Jangkitan, Ini Info Penting Tentang E. Coli Yang Anda Perlu Cakna

Khairul Aming Kembali Sihat Selepas Terkena Jangkitan, Ini Info Penting Tentang E. Coli Yang Anda Perlu Cakna
Khairul Aming Ketika Menerima Rawatan Di Hospital

Sekadar info, Khairul Aming terkenal dengan video masakan kreatif serta produk Sambal Nyet terdahulu terpaksa menerima rawatan di sebuah klinik susulan cirit-birit teruk yang membuatkan tubuhnya lemah.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Tapis Promosi Barang Tidak Berkualiti, Pentingkan Keberkatan!

ARTIKEL BERKAITAN: “Atuk Dah Pencen Nak!” Chef Wan Tidak Terkesan Dibandingkan Dengan Khairul Aming

Sementara itu, meh kami kongsikan beberapa info menarik mengenai jangkitan E. coli:

  • Merupakan bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli yang mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.
  • Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Perak, makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria tersebut ialah yang berasaskan daging seperti burger separuh masak, keju, cendol, makanan segera dan minuman yang tercemar.
  • Mudah merebak melalui makanan tidak dimasak dengan sempurna, air tercemar dan pencemaran silang dari daging mentah kepada makanan yang telah dimasak.
  • Pesakit boleh mengalami tanda-tanda seperti cirit birit berdarah, sakit perut yang teruk dan loya. Namun dalam kes yang sangat teruk, kesan dari keracunan makanan oleh bakteria E. coli boleh menyebabkan radang usus terutama sekali pada kanak-kanak dan warga tua dan sindrom Haemolytic Uraemic malah boleh juga menyebabkan kematian.
  • Tempoh jangkitan boleh mengambil masa selama enam jam hingga ke tiga hari. Namun kebiasaannya ia berlaku dalam masa 10 hingga 15 jam.
  • Antara langkah pencegahan yang perlu dilakukan ialah memasak daging dengan sempurna (pada suhu lebih dari 75 darjah Celcius), menyediakan makanan dan minuman dengan menggunakan air yang bersih dan memasak setiap jenis hidangan dengan sempurna.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI