Dua personaliti media sosial popular, Khairul Aming dan Pinn Yang, kini berada di China untuk mendalami lebih lanjut mengenai perniagaan atas talian, khususnya dalam bidang ‘live streaming E-Commerce’.
Perkongsian tersebut dibuat menerusi Instagram Khairul Aming, yang turut berkongsi gambar bersama Pinn Yang sejurus tiba di negara tembok besar berkenaan.
Menerusi posting tersebut, Khairul memaklumkan bahawa mereka akan memulakan misi untuk memperdalam ilmu dalam perniagaan atas talian, terutama sekali mengenai konsep ‘live streaming
‘ yang semakin berkembang di kalangan peniaga digital.ARTIKEL BERKAITAN: Pinn Yang Cadang Nak Buka Yayasan Sendiri, Mahu Bantu Lebih Ramai Golongan Yang Memerlukan
“Salam dari China. Semalam (Isnin) kami ‘all out’ untuk kempen 11.11 dan Alhamdulillah saya dapat capai jualan sebanyak RM1 juta dan Pinn Yang pun dapat jualan hampir RM1 juta.
“Kemudian, tidur selama dua jam dan terus pergi ‘airport’ terbang ke Shanghai,” kata Khairul dalam hantarannya.
Selain itu, Khairul dan Pinn Yang mengakui bahawa walaupun mereka sudah mencapai kejayaan dalam kempen jualan tersebut, mereka tetap tidak berpuas hati dan ingin terus belajar dan mengembangkan ilmu dalam dunia perniagaan atas talian.
ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 12 Tahun Rajin Masuk Dapur Seawal Pagi, Jadikan Khairul Aming Sebagai Idola
Tambahnya, mereka berdua bertujuan untuk membawa pulang sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman dari China untuk dikongsi dengan peniaga-peniaga atas talian di Malaysia.
“Kami datang sini nak belajar fasal ‘E-Commerce live streaming’ di China dan kita akan bawak balik sebanyak mungkin ilmu untuk share dengan peniaga atas talian di Malaysia,” kongsinya lagi.
Keberangkatan mereka ke China bukan sekadar untuk menambah ilmu perniagaan, tetapi juga untuk membantu mengembangkan perniagaan atas talian di Malaysia dengan teknik-teknik yang terbukti berkesan di pasaran global.
Dengan komitmen yang tinggi untuk meningkatkan pengetahuan dan memberi manfaat kepada usahawan tempatan, Khairul dan Pinn Yang berharap dapat memberi impak positif kepada perkembangan dunia perniagaan digital di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Khairul Aming