Selepas bertungkus lumus selama beberapa hari demi membantu mangsa banjir di Kelantan, pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming difahamkan telah rebah akibat kepenatan.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok milik @kemeyyhakim memaparkan Khairul Aming sedang menerima rawatan di sebuah klinik dengan keadaannya yang terbaring di atas katil sambil ditemani beberapa sahabatnya.
Kredit: @kemeyyhakim
Sebelumnya, menurut beberapa rakaman siaran langsung Khairul Aming bersama beberapa pengguna media sosial lain pada Sabtu lalu, beliau memaklumkan bahawa dirinya mengalami masalah kesihatan iaitu cirit-birit.
Dalam pada itu, meninjau ke ruangan komen, ramai yang menyatakan bahawa keadaan kesihatan Khairul Aming itu turut dialami oleh pasukan bantuan mangsa banjir.
Ads
Bukan itu sahaja, ada juga warga internet mendakwa pempengaruh tersebut berdepan dengan keletihan melampau dan kekurangan tidur yang menyebabkan dirinya rebah.
Ads
Terdahulu, Khairul Aming mengetuai pasukan misi Bantuan Orang Baik (BOB) untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.
Ads
Misi tersebut telah berjaya digerakkan lebih kurang seminggu dengan bantuan daripada orang ramai yang terdiri daripada makanan dan pakaian.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasut sukan milik bekas pemain bola keranjang profesional Amerika Syarikat (AS), Michael Jordan dijangka memecah rekod sebagai kasut paling mahal yang pernah dilelong setakat ini.
Menerusi laporan BBC News, firma lelongan Sotheby’s memaklumkan bidaan untuk kasut Air Jordan XIII itu mencecah AS$1.8 juta iaitu RM7.9 juta hanya beberapa jam selepas lelongan dibuka.
Bidaan itu melepasi rekod semasa bernilai AS$1.47 juta (RM6.5 juta) untuk sepasang kasut Nike Air Ships, yang juga milik Jordan yang dilelong pada tahun 2021.
Beberapa anggaran meramalkan kasut itu mungkin akan dijual pada harga mencecah AS$4 juta iaitu sebanyak RM17.6 juta menjelang akhir sesi bidaan pada 11 April depan.
Pemain berkenaan memakai kasut Air Jordan XIII semasa musim kejuaraan terakhirnya bersama pasukan Chicago Bulls pada 1997 hingga 1998.
Ketika itu, legenda bola keranjang tersebut berjaya menjaringkan 37 mata dalam Permainan 2 siri Akhir NBA 1998 yang membawa kepada kemenangan Chicago Bulls dengan mata 93-88 ke atas Utah Jazz.
Chicago Bulls kemudian menjuarai kejuaraan itu seperti mana yang diceritakan dalam siri dokumentari pada 2020 bertajuk ‘Last Dance‘ mengenai musim terakhir Jordan bersama pasukan berkenaan.
Kata Sotheby’s, sejurus selepas kemenangan, Jordan memberikan kasut itu kepada seorang pekerja di bilik persalinan sebagai ucapan terima kasih kerana menemui jaketnya yang hilang.
+++Update terkini tdalam gaun tamat pengajian hitam dan topi hitam padan dihiasi dengan bintang emas dan “entang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Universiti terkemuka New Zealand, University of Auckland telah mengumumkan pelbagai jenis biasiswa baharu bakal disediakan untuk para pelajar yang berasal dari Asia Tenggara.
Universiti terbesar di New Zealand itu kini menetapkan misinya untuk membawa semula pelajar dari Asia Tenggara untuk kembali ke kampus selepas dua tahun mengharungi sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19 menerusi pelancaran tajaan University of Auckland ASEAN High Achievers Scholarship.
Tawaran biasiswa baharu ini juga dipercayai dapat mengurangkan halangan kewangan kepada pelajar-pelajar dari rantau ASEAN dan menyokong mereka dengan peralihan daripada pembelajaran dalam talian kepada pembelajaran di kampus.
Bangunan kampus Grafton di University of Auckland.
Menurut Ainslie Moore yang merupakan Pengarah Interim Antarabangsa University of Auckland, biasiswa bernilai sehingga NZD10,000 kepada setiap penerima itu akan dianugerahkan sekerap dua kali setahun kepada pelajar sepenuh masa yang menunjukkan pencapaian akademik tinggi dalam pengajian mereka yang terdahulu.
Di University of Auckland kelak, penerima biasiswa ini bebas untuk mengambil jurusan dalam pelbagai peringkat pengajian termasuklah ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan diploma pascasiswazah.
Permohonan untuk University of Auckland ASEAN High Achievers Scholarship ini bakal dibuka pada 10 Oktober 2022 (tarikh tutup pada 21 November 2022) dan 9 Mac 2023 (tarikh tutup pada 20 April 2022).
Menurut laman web rasmi universiti itu, permohonan biasiswanya akan dibuka untuk sekitar enam minggu. Jadi, pastikan korang tidak terlepas tarikh tersebut ya!
*
University yang berada di kedudukan ke-87 dunia dalam carta QS World Rankings 2023 dan kedudukan ke-137 dalam carta Times Higher Education World Rankings ini turut berkongsi mengenai sokongannya terhadap pelajar dari Malaysia, Indonesia, India dan Thailand bagi pembelajaran dalam taliannya. Ia demi membantu pelajar dari empat buah negara itu dengan zon waktu tempatan mereka.
Ini kerana sepanjang tempoh pandemik, University of Auckland merupakan salah sebuah institusi antarabangsa yang kekal membangunkan perkongsian institusi di seluruh Asia Tenggara bagi mengeratkan hubungan dalam rantau ini.
Ini termasuk Memorandum Persefahaman bersama Ho Chi Minh City University of Technology bagi perjanjian penyelidikan bersama dan pemindahan kredit pelajar agar mereka boleeh belajar di kedua-dua institusi tersebut sepanjang tempoh pengajian ijazah mereka.
Di Malaysia pula, Taylors University merupakan rakan kongsi yang menjalin kerjasama dengan University of Auckland semasa pandemik. Ia membolehkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Taylor’s University untuk bertukar sama ada kepada Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Awal Kanak-kanak di University of Auckland selepas hanya setahun pengajian di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengumuman Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin semalam mengenai pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada sistem peperiksaan negara telah mendapat respon balas yang berbelah bahagi di kalangan masyarakat di media sosial.
Selepas tiga dekad dilaksanakan sejak tahun 1988, UPSR telah menjadi satu peperiksaan yang dianggap penting bagi menentukan hala tuju pelajar yang bakal memasuki sekolah menengah.
Dengan slip keputusan itu jugalah, pelajar dinilai sama ada mereka layak untuk memasuki sekolah berasrama penuh dan institusi seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Justeru, keputusan memansuhkan UPSR demi mengubah sistem pendidikan negara kepada yang sistem yang berteraskan kemenjadian pelajar secara menyeluruh sedikit sebanyak telah mengejutkan masyarakat; walaupun ura-ura pemansuhan ini telah didengar sejak sedekad yang lalu.
Menerusi muat naik ke akaun Instagram Majalah Remaja semalam, respon balas warganet dilihat sedikit bercampur baur.
Bukanlah niat mereka untuk menentang atau menyokong keputusan tersebut 100 peratus. Barangkali, perasaan bercampur baur ini disebabkan rasa khuatir terhadap apakah pelan hala tuju pelajar yang akan memasuki sekolah menengah selepas ini.
Ini merupakan beberapa komen yang REMAJA rangkumkan.
*
*
Tidak Setuju
Murid sekolah rendah terutamanya murid Darjah 6 tidak lagi akan memberikan tumpuan untuk belajar bersungguh-sungguh.
Pemansuhan tidak adil kepada pelajar yang telah bersusah-payah bersedia untuk UPSR.
Negara seperti Singapura yang masih mementingkan sistem pendidikan berasaskan peperiksaan masih ke hadapan kerana subjek yang diajar bersesuaia dengan kemahiran yang diperlukan pelajar.
Pelajar akan berdepan ‘culture shock’ dengan sistem peperiksaan di sekolah menengah kerana tiada persediaan.
*
*
Setuju
Sistem pendidikan sekolah rendah perlu lebih menerapkan sahsiah pada peringkat awal.
Negara seperti Jepun menerapkan displin dan moral pada pendidikan peringkat sekolah rendah dan masih boleh berjaya setelah menamatkan persekolahan.
Ia akan memberi peluang kepada lebih ramai murid beragama Islam mengambil peperiksaan lain seperti SRAI dan UPKK.
Tapi UPSR perlulah digantikan dengan sistem ujian atau peperiksaan yang setara dengannya dari Darjah 1 hingga Darjah 6
*
REMAJA juga tertarik dengan satu komen dari seorang guru yang menyatakan pastinya Kementerian Pendidikan Malaysia ada cara dan kaedah untuk menilai murid melalui Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah dan kaedah penilaian selain peperiksaan.
So guys, setuju atau tidak dengan poin yang mereka bahaskan ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia hari ini menzahirkan penghormatan tertinggi kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau menjadi pemimpin kelima negara yang disemadikan di bawah kubah Makam...