Inpirasi

Khairul Aming Rebah Selepas Selesai Misi Bantuan Banjir

Share

Selepas bertungkus lumus selama beberapa hari demi membantu mangsa banjir di Kelantan, pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming difahamkan telah rebah akibat kepenatan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok milik @kemeyyhakim memaparkan Khairul Aming sedang menerima rawatan di sebuah klinik dengan keadaannya yang terbaring di atas katil sambil ditemani beberapa sahabatnya.

Kredit: @kemeyyhakim

Sebelumnya, menurut beberapa rakaman siaran langsung Khairul Aming bersama beberapa pengguna media sosial lain pada Sabtu lalu, beliau memaklumkan bahawa dirinya mengalami masalah kesihatan iaitu cirit-birit.

Dalam pada itu, meninjau ke ruangan komen, ramai yang menyatakan bahawa keadaan kesihatan Khairul Aming itu turut dialami oleh pasukan bantuan mangsa banjir.

Bukan itu sahaja, ada juga warga internet mendakwa pempengaruh tersebut berdepan dengan keletihan melampau dan kekurangan tidur yang menyebabkan dirinya rebah.

Terdahulu, Khairul Aming mengetuai pasukan misi Bantuan Orang Baik (BOB) untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Misi tersebut telah berjaya digerakkan lebih kurang seminggu dengan bantuan daripada orang ramai yang terdiri daripada makanan dan pakaian.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE