Inspirasi buat usahawan muda…
Minatnya yang mendalam terhadap dunia masakan membawa kejayaan pada hari ini. Bermula dengan video masakan yang acap kali menjadi sorotan di media sosial, kini personaliti media sosial dan usahawan, Khairil Aming mempunyai ’empayar’ perniagaannya sendiri.
Berkat kerja kerasnya selama ini, Khairul Amin Bin Kamarulzaman meluahkan rasa syukur atas kejayaan jualan Sambal Nyet yang telah mencecah RM21.5 juta pada tahun kedua perniagaannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syafie Naswip Tak Pernah ‘Lokek’ Idea Terhadap Pelakon Lain
Berita gembira tersebut dikongsikan Khairul Aming menerusi sebuah hantaran video di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
Kejayaan demi kejayaan semakin menghampiri usahawa muda itu,hasil jualan sambal itu turut menerima dua anugerah istimewa iaitu kategori Best Customer Service dan Best New Seller.
Menurutnya, jualan bagi tahun 2021 berjumlah RM7.5 juta manakala pada tahun 2022 jualan Sambal Nyet meningkat iaitu RM14 juta.
“Alhamdulillah hari ini jumlah jualan Sambal Nyet telah mencecah RM 21.5 juta ringgit. Kita juga baru terima anugerah untuk Sambal Nyet bagi kategori Best Customer Service. Let me share with you guys
bagaimana kita urus operasi setiap hari,” coretnya dalam ruangan kapsyen.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum selain mengucapkan tahniah buat pempengaruh media sosial itu dengan kejayaan yang dikecapinya.
Bukan itu sahaja, terdapat juga netizen yang terinspirasi dengan usaha yang ditonjolkan oleh Khairul Aming.
“MasyAllah Tabarakallah! So inspiring. Kita pula rasa nak nangis sebab tahu gigihnya jual makanan banyak benda kena jaga, untung tidak banyak, margin kecil tetapi InsyAllah hasil tak pernah mengkhianati usaha… Allah akan bantu dan mudahkan segalanya,” komen seorang pengikutnya.
“Tahniah @khairulaming dan team. Satu inspirasi untuk semua yang nak bermula dari bawah dalam perniagaan. Tiada jalan singkat, tetapi mesti ada semangat ilmu, komunasi dan wawasan yang tinggi. Saya tumpang bangga,” komen juga pengikut lain.
“Tiada marketing sampah, marketing sangat berkualiti, good job Ming! Hebat. Moga terus success,” tulis lagi seorang warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Twitter & Instagram KhairulAming