
Senarai barisan Jemaah Kabinet baharu telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi dan apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila nama Khairy Jamaluddin disebut sebagai Menteri Kesihatan Malaysia.
Sebelum ini, laman Facebook Public Health Malaysia telah pun membuat tekaan dengan menyuruh warganet meneka siapakah individu yang layak memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan hari ini, secara rasminya KJ telah dilantik menjadi orang kuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Keputusan itu nampaknya menarik perhatian ramai dan masyarakat seperti berpuas hati dengan pelantikan itu.
Warganet tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada YG KJ.
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada KJ dan semoga mampu menggalas tanggungjawab yang besar ini bagi membendung penularan COVID-19. Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan agar KJ dapat melaksanakan tugas dengan baik.
Sumber: (1)
Ingin Hargai Diri & Tak Tahan Dikritik, Ikon Hijabi Hana Tajima Akui Tidak Lagi Bertudung

HANA TAJIMA, bukan nama asing yang perlu untuk diperkenalkan lagi.
Dari golongan remaja di universiti sehinggalah ke perempuan muda yang sedang bekerja, stail Hana Tajima sentiasa dapat dilihat pada cara kita menata gaya stail harian.
Memeluk Islam sejak berusia 18 tahun dan lebih 10 tahun mencipta identiti sebagai seorang pereka fesyen dan fesyenista berhijab, tempias stail Hana Tajima turut dapat dirasai di Malaysia..
Hana Tajima juga telah beberapa kali berkolaborasi bersama jenama fesyen dari Jepun, Uniqlo termasuklah untuk koleksi 2021, pasti korang pun ada koleksi daripada Hana untuk dimuatkan ke dalam gerobok masing-masing.
Namun, satu berita yang tidak ‘sedap’ didengari daripada wanita kacukan Jepun dan Amerika Syarikat ini. Hana Tajima mengakui sudah lagi tidak bertudung disebabkan tertekan untuk menjadi Muslimah mengikut perspektif dikehendaki masyarakat. Menurutnya, beliau juga membawa beban tidak dikehendaki kerana ia membuka ruang untuk dirinya terus menerus menjadi mangsa kritikan umum.
Tidak Mudah Puaskan Hati Orang
Melalui perkongsian video di laman sosial Instagramnya lagi, Hana menyatakan yang dia berasa agak sukar untuk membincangkan hal ini dan beliau sudah memikirkan perkara berkenaan dalam satu tempoh yang agak lama. Tambahnya, sukar untuk mencari keseimbangan di dalam dirinya dan hijab serta bukan mudah untuk terus menutup auratnya semata-mata demi memuaskan hati orang lain.
Ingin Lebih Menghargai Diri
Menurutnya lagi, dia ingin berubah menjadi seseorang yang lebih menghargai diri dan cuba mengalihkan fokus terhadap pendapat yang mengatakan tudung sebagai kayu pengukur kepada kebaikan. Walaupun Hana suka akan hijabnya dan masih belajar untuk menyukainya, namun ia bukannya sebahagian daripada identiti luarannya lagi dan lebih kepada sebahagian daripada dalam dirinya.
Menyengah ke laman instagramnya, Hana turut berterima-kasih kepada semua kerana memberikan kata-kata semangat dan sokongan buat dirinya.
Hmm…secara jujurnya penulis agak kecewa mendengar perkhabaran dari Hana Tajima ini, tapi tak apalah kita doakan jela yang terbaik untuk Hana Tajima dan moga Allah berikan hidayah kepadanya untuk berhijab dan menjadi ikon hijab kembali…Mudah-mudahan.
150 Selepas Tamat Perhambaan, PM Belanda Mohon Maaf Kepada Negara Bekas Tanah Jajahan

Semua sedia maklum negara Belanda merupakan salah satu kuasa penjajah paling meluas dalam sejarah penjajahan dunia.
Selain negara seberang Indonesia, antara tanah jajahan Belanda yang lain melangkaui hingga ke India (1605-1825), Taiwan (1624-1662), Brazil (1630-1654), Vietnam (1936-1699), Afrika Selatan (1652-1797, kembali direbut daripada Inggeris pada 1806) dan Suriname (1668-1905).
Sepanjang tempoh penjajahan berkenaan, Belanda tidak terlepas daripada terbabit dalam menjalankan perhambaan selama 250 tahun di beberapa lokasi.
Kini selepas 150 tahun tamatnya perhambaan di tanah jajahan Suriname dekat Amerika Selatan, bahagian timur Indonesia dan di negara-negara kepulauan Carribean seperti Curacao dan Aruba, Belanda menerusi Perdana Menterinya secara rasmi telah membuat permohonan maaf bersejarah terhadap pembabitan itu,

Mark Rutte dalam kenyataannya menyebut perhambaan oleh Belanda ini sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.
“Hari ini bagi pihak kerajaan Belanda, saya memohon maaf atas tindakan masa lalu negara Belanda.
“Negeri Belanda… memikul tanggungjawab atas penderitaan yang menimpa terhadap individu yang diperhambakan dan keturunan mereka.
“Kami, yang tinggal di sini dan pada masa sekarang, hanya boleh mengesahkan dan mengutuk perhambaan dalam istilah yang paling jelas sebagai jenayah terhadap kemanusiaan,” tambahnya,” ujarnya.

Permohonan maaf yang dibuat dalam bahasa Flemish atau bahasa Belanda itu kemudiannya diulangi beliau dalam bahasa Inggeris, bahasa Papiamento dan bahasa Sranan Tongo. Bahasa-bahasa ini digunakan di kepulauan Caribbean dan di Suriname.
Menurut laporan, Aruba telah menjadi bekas tanah jajahan Belanda yang pertama menerima permohonan maaf berkenaan. Namun, Perdana Menterinya Evelyn Wever-Croes mengesali kurangnya tindakan atau dialog kukuh oleh Belanda mengenai hal ini.
Apapun, kerajaan Belanda telah mengumumkan dana sebanyak 200 juta Euro atau kira-kira RM941.3 juta bagi inisiatif sosial di negara-negara bekas tanah jajahannya ini sebagai permulaan kepada hubungan diplomatik yang lebih baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Pokok Ikonik Melaka Berusia Lebih 1 Abad Tumbang, Ditanam Ketika Zaman Penjajahan British – REMAJA
BACA LAGI: Tiada Lagi Bukit St Paul, Lokasi Ikonik Di Melaka Kembali Dengan Nama Asal – REMAJA
SUMBER: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setahun Selepas Viral, Selamat Kahwin Sudah Ex-BF ‘Awek Cendol’

Kalau korang masih ingat pada tahun lalu apabila awek cendol yang kelaparan topik viral di media sosial gara-gara pertuturan manjaaa-nya bersama teman lelaki.
‘Awek’ bernama Nur Naziha Tahang atau Nija itu inginkan semangkuk cendol kerana tidak tahan dengan cuaca panas terik. Teman lelakinya pula melayan rela kerenah Nija.
Tahap viraliti pasangan itu memang hebat di seluruh negara sehinggakan mereka dijemput ke beberapa rancangan temu bual. Malah, video mereka itu menjadi bahan parodi netizen serta selebriti.
Hubungan Nija dan teman lelakinya, Muhd Aiman Amar bagaimanapun tidak berkekalan apabila terputus pada bulan Ogos 2018.
Tup-tup kelmarin, Aiman nampaknya jelas sudah move on apabila dia menemui pengganti Nija dan mengahwini gadis bernama Nur Fazwa Atasha.
Aiman memuat naik foto akad nikah mereka dengan caption berbunyi, “25/12/2019 Alhamdulillah kita sah menjadi suami isteri.”
View this post on Instagram
25/12/2019 alhamdulillah kita sah menjadi suami isteri 🤲🏻 . Slide sampai habis 🤣🤣🤣
A post shared by السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ (@muhdaimanamar) on
Majlis tersebut tak sah berlangsung tanpa momen yang mencuit hati. Aiman dilihat tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM3.00 kerana rasa gementar.
Selepas 2 cubaan, akhirnya akad nikah itu disempurnakan dengan mas kahwin sebanyak RM300.
Difahamkan, Aiman dan Tasha saling berkenalan kira-kira setahun yang lalu menerusi respon di Insta Story. Amboi, advance ya remaja sekarang! Hehe..
REMAJA ucapkan tahniah dan semoga hubungan kalian kekal hingga ke anak cucu.
P.S: Agak-agak mereka hidangkan tak cendol kepada tetamu?