Mungkin masih ada yang tidak tahu jika korang ke Starbucks, bukan hanya kopi yang ditawarkan. Malah, bagi korang yang ‘pantang’ kafein, kedai kopi popular ini juga ada minuman menyegarkan untuk korang.
ARTIKEL BERKAITAN : 8 ‘Custom Recipe’ Minuman Yang Sedap Untuk Korang Order Di Starbucks
Selain kopi, Starbucks sering tampilkan kelainan dengan ketengahkan menu-menu menarik yang menepati citarasa rakyat Malaysia dan juga merealisasikan minuman yang jadi permintaan ramai.
Terbaharu, Starbucks Malaysia telah bawakan dua minuman yang terkenal di luar negara iaitu Strawberry Acai with Lemonade Starbucks Refreshers dan juga Pink Drink With Strawberry Acai Starbucks Refreshers.
Kombinasi rasa buah strawberi dengan lemonade cukup menyegarkan dan secara personal kami lebih menyukai Pink Drink With Strawberry Acai Starbucks Refreshers kerana rasa lebih krim berlemak.
Menu ini secara rasmi telah diperkenalkan pada minggu ini dan ramai peminat Starbucks sudah mula ke cawangan Starbucks terdekat untuk mencuba menu baharu ini. Menjengah ke media sosial, ramai orang memberikan maklum balas positif dengan minuman baru ini.
@_ejay07 Hello, try our new drink. *Strawberry Acai with Lemonade* A combination of real fruitjuice and flavors of sweetstrawberry and acai, with realstrawberry slides. Visit nearest starbucks #fypシ #foryoupage #foryou #zyxcba ♬ ชอบเธออะ (ท่อนละลาย) – Ptrp Studio
Bagi korang yang mahu mencuba minuman menyegarkan ini bolehlah ke cawangan Starbucks terdekat anda hari ini dan harga minuman ini bermula daripada RM16.95 sahaja. Ke korang dah try
dulu ni?hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.