Sejak dari tahun lepas kita diuji dengan ujian yang begitu getir buat seluruh masyarakat dunia disebabkan wabak pandemik yang memberi kesan pada kehidupan harian kita.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat perlu dilaksanakan dikala kes baru Covid-19 yang kian meningkat hari demi hari. Namun, bukan semua bernasib baik dapat berkerja dari rumah malah ada juga yang terpaksa berhenti berniaga di kala PKP disebabkan kebanyakan sektor ekonomi ditutup.
Baru sebentar tadi, Mufti Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui laman Facebook rasmi membuat hebahan Permohonan Bantuan Kecemasan 3.0 telah dibuka. Permohonan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 30 Jun 2021.
Sebelum membuat permohonan, anda perlu semak terlebih dahulu sekiranya anda tersenarai dalam penerima automatik inisiatif MAIWP Prihatin – Kasih Asnaf 3.0 di sini. Jika tidak tersenarai, anda boleh membuat permohonan di laman web rasmi Baitulmal MAIWP.
Bantuan kepada penerima Bantuan Kecemasan 2.0 akan disalurkan secara automatik dan tidak perlu membuat permohonan baharu. Permohonan dibuka kepada golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang terjejas pendapatan.
Rata-rata wargenet juga meluahkan rasa syukur dengan bantuan yang diberikan oleh MAIWP ini.
Sumber: Facebook MAIWP